Friday, August 08, 2014

2 Syawal 1435H

Assalamualaikum...

2 Syawal. 29.7.2014

Breakfast Nasi Berlauk dan Nasi Goreng. My Biras, isteri Abang Ipar yang masak. Thank you so much Kak Ma!

Tengahari pula kami ke Besut, Terengganu untuk menghadiri jemputan kahwin Anak Sepupu my Hubby.

Kemudiannya singgah di Pantai Bukit Keluang untuk pertama kalinya. Sementelah mahu mencari bilik untuk tidur hari Khamis, 31.7.2014 nanti. Mr. Hubby ada reunion di Bukit Keluang Beach Resort.
Kami akhirnya memilih Tanjung Demong Beach Resort setelah mencari beberapa buah hotel. Mr. Hubby booking sebanyak 6 buah bilik. Mahu mengajak family mertua tidur di sini juga.

Sebelum pulang ke rumah mertua di Kg. Bukit Abal, Pasir Puteh, kami singgah makan Maggi Ketam di Kg. Air Tawar, Besut. Hujan lebat masa ni Ya Allah. Teh Tarik dia sedap sekali. Teringat-ingat sehingga kini. Hiks!

Balik ke rumah masing-masing sudah kenyang. My Bil, Abe Mi dan isterinya buatkan Pulut Durian untuk kami semua as a dinner.

Yummeh. Sendat perut. Kenyang Alhamdulillah.

We are family! 
Gulai Ikan Aya untuk Nasi Berlauk.
Breakfast Nasi Berlauk dan Nasi Goreng. 
Di rumah Anak Sepupu Mr.Hubby di Besut. 
Dijamu dengan Nasi Kerabu yang cukup enak. 
Durianlah pulok!
Rombongan family mertua ke rumah pengantin perempuan. 
Selamat Pengantin Baru buat mempelai. 
Di tepi Pantai Bukit Keluang, Besut.
My daughter and her cousin, Icha.
Cari-cari bilik. Akhirnya kami memilih hotel ini.
Sebelum pulang, kami pekena Maggi Ketam dulu di Kg. Air Tawar, Besut. 
Buah tangan daripada mempelai. 
Dinner. Pulut Durian. 
Yummilicious baq hang!

No comments: