Tuesday, August 05, 2014

Balik Kampung

Assalamualaikum...

26.7.2014

Kami pulang beraya di kampung Hubby tahun ini. Nak dijadikan cerita ketika melalui jalan di Cheneh, Terengganu, kami terpaksa berpatah balik kerana ada tanah runtuh di kampung orang asli yang berdekatan. Mujurlah tidak terjebak lama di dalam jammed kerana mereka-mereka yang berpatah balik telah memberikan isyarat untuk melakukan yang sama. Kami melalui jalan di Kemaman dan Alhamdulillah,  jalan lancar selancar-lancarnya.

Kami singgah Solat Jamak di Kg. Gemuroh berdekatan Ajil dan meneruskan perjalanan sehinggalah singgah di Shell di Jerteh untuk membeli air dan roti. Berbuka di dalam kereta sahaja bersama si Buah Kurma.

Dari Temerloh pukul 12.00 tengah hari dan tiba di kampung Hubby jam 7.30 malam. Terus berbuka puasa bersama mereka. Kebetulan Ayah Mertua menjemput orang di masjid untuk berbuka setelah bertahlil sebelumnya.

Penat? Taklah. Lepas berbuka terus duduk di luar rumah. Settle basuh pinggan dan mangkuk with hubby's nephew, baru I mandi dan bersolat jamak.

Rehat-rehat dan tidur.

Tidur tak lena. Nyamuk gigit. Haish! Geramnye!

Hiks.

No comments: