Monday, August 18, 2014

Hujung Minggu Kami

Assalamualaikum...

3.8.2014

Dari Pekan Sehari, Temerloh, kami mencari pakaian sekolah Adib pula. Tapi apa yang pasti, si kecil Honey yang over sekali! Dia pun sibuk memilih jugak barang-barang yang mahu dia beli. Abahnya layankan ajelah. Anak Abahlah katakan!

Okay. Next.

Tekak terasa nak makan Lemang. Kata rayakan? So Mr. Hubby belilah 2 batang Lemang. Sebelum pulang ke rumah, I minta Mr.Hubby berhenti di kedai untuk menggunting rambut. Rambut ni asyiklah dok gugur. Makanya kita potong pendek sahaja. Dalam 15 minit saja dah siap. Mudah!

Balik ke rumah apa lagi? Doklah "bersilat" di dapur. So for lunch I masak Udang Masak Lemak Cili Api, Ikan Tilapia Goreng dan juga Sambal Belacan. Lemang pula dimakan dengan Serunding Daging yang I beli di Pasar Pasir Puteh, Kelantan.

Sedap tak terkata!

Settle bab makan.

Kak Long pula datang untuk berhari raya. Yeay! Kita sangat-sangat suka!

No comments: