Tuesday, August 19, 2014

Open House Mr. Sidek

Assalamualaikum...

10.8.2014

Kami memenuhi jemputan Open House Mr. Sidek, kawan Mr.Hubby di Taman Setia Jasa, Temerloh pada hari ini. Dijamu dengan Nasi Kerabu yang dimasak oleh isteri beliau. Walau "first time" memasak menurutnya, ternyata sedap sungguh Nasi Kerabu ini.

Lepas makan Nasi Kerabu, I layan makan Biskut Arab pula. Oh heaven terasa! Terima kasih tuan rumah.

Keluar dari rumah Mr. Sidek, kami terus ke Jerantut untuk mengambil Nur. Kali ini melalui jalan Bandar Jengka Tun Razak pula. Sedang molek Klinik Didik UPSR Berita Harian Nur tamat, kami tiba di SMA TAHAP.

Alhamdulillah. Settle urusan di Jerantut. Singgah dulu membeli makanan dan kuih-muih di dua buah gerai.

Makan-makan dalam car sambil berborak 5 beranak. Tak menahan gelak dok melayan "peel' Honey. Hiks! Macam-macam karenah!

Quality time.

No comments: