Friday, October 10, 2014

Aku Menulis Bukan Kerna Nama

Aku menulis bukan kerna nama.
Sekadar hanya suka-suka.
Untuk mengisi masa yang tersisa.
Jauh sekali untuk menunjuk apa yang ada.
Segala-galanya kepunyaan Allah jua.

Minat menulis dan bercerita.
Sejak azali asalnya ia.
Tak kira suka atau pun duka.
Dikongsi bersama pembaca setia.

Minta jangan bosan.
Jangan ada jemu jua.
Tatkala kamu datang mengunjungiku.

Segala rasa yang terbuku.
Aku luahkan dari kalbu.
Minta kamu tidak ragu.
Untuk bersamaku ke akhir waktu.

No comments: