Sunday, October 12, 2014

C'Wok Cafe, Temerloh

Assalamualaikum...

13.9.2014

Kami lunch di sini, C'wok Cafe, Temerloh sebelum gerak ke Kuala Lumpur. Nak melawat my brother in law di rumahnya dan kemudian pergi bercuti. Cuti sekolah seminggu masa ni. Even Nur belum menghabiskan exam UPSRnya, kami tetap berpergian juga. Sudah lama tidak bercuti tidur di hotel you! Hihi...

First time kami makan di sini. Selama ni dok lalu aje di kedainya. Oh! Best! Sedap rupa-rupanya Gulai Tempoyak Ikan Patinnya uols! Begitu juga Masak Lemak Ikan Baung. Yum. Yum. Yum! Betul punya best. Tak tipu ni.

Boleh repeat datang lagi. Ok. Lulus!

Sebelum gerak ke Kuala Lumpur, Mr. Hubby singgah membeli Ikan Patin dan Ikan Tilapia. Belikan juga Tempoyak dan Daun Kesum. Senang my biras nak memasak nanti. Tak lupa, Mr. Hubby belikan juga Gulai Ikan Patin Masak Tempoyak di C'wok Cafe. Dan juga ada Chocolate Rice tau! I beli di kedai dekat dengan rumah. Buat buah tangan untuk family my brother in law.

From Temerloh with love! Ha gitu...

1 comment:

NORRAHAMAN MOHAMED said...

Memang sedap patin tempoyak di sini. Ikan Lampam goreng pilihan my wife yang tak makan patin tempoyak