Sunday, October 12, 2014

Selamat Datang Ke Kuala Krau

Assalamualaikum...

Sudah menjadi rutin, setiap kali habis temujanji Ma membuat terapi di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah di Temerloh, keesokkan hari I akan menghantarnya pulang ke rumah di Kuala Krau.

Lepak makan dan minum dulu di Gerai Makan Makcik Siah ni. Rezeki kami pula. Ada orang belanja makan. Terima kasihlah banyak-banyak. Semoga Pak Cik terus dimurahkan rezeki oleh Allah. Amin.

Rajin-rajinlah belanja kami makan lagi nanti. Haha...

Tempat lahir I, Kuala Krau.
27.8.2014

My mom. Kongsi Nasi Dagang with her at gerai Makcik Siah.
4.9.2014

Honey balik kampung hantar Nenek lagi.
My Mom masak Nasi, buat Kerabu Mangga & goreng Ikan Pekasam. Yummilicious! 

No comments: