Thursday, November 13, 2014

Ikut Hati Mati

Ikut rasa,
Tentulah yang datang nanti binasa,
Bala bencana.
Ikutkan hati,
Pastinya memudaratkan diri.
Mati.

Hilang matlamat.
Yang suatu waktu dulu aku telah nekad.
Malangnya diri.
Sungguh kasihan sekali.

Menunggu hari esok,
Mungkinkah aku secekal waktu itu?
Mungkinkah?

Jangan biar ia hanyut lagi.
Teruslah berenang ke tepian kali.
Capai apa yang telah kamu janji,
Suatu waktu dahulu duhai wati.

Esok.
Esok.
Esok.

Satu hari berlalu pergi.

Tidak berkesudahan.

Berjanji lagi.
Esok.
Esok.
Esok.

Dan satu hari dibiarkan pergi.

Waktu berjalan.
Masa berputar.
Sia-sia sahaja.
Hari demi hari silih berganti.
Namun janji tinggal sekadar janji.

Janji yang tidak lagi untuk ditepati.

Janji yang mudah untuk dimungkiri.
Lagi dan lagi.
Tanpa sedikit rasa bersalah di dalam diri.

Semoga esok yang bakal menjelang,
Aku tunaikan janji yang telah sekian kali,
Aku khianati.

Esok.

No comments: