Wednesday, December 24, 2014

City Times Hotel, Indera Mahkota, Kuantan

Assalamualaikum...

16.10.2014

Dari Kula Cakes, kami terus ke sini, City Times Hotel yang terletak di Indera Mahkota, Kuantan. Booking bilik via booking.com saja. Setiap kali nak tidur hotel pun memang booking thru online.

Nak dijadikan cerita, I tak dapat tidur sepanjang malam over night here. Entah! Rasa takut sangat-sangat even katil sudah dirapat-rapatkan. Dok genggam tangan Mr. Hubby saja sepanjang malam. Giler takut seh! Tak bohong punya!

Ini merupakan di antara bilik hotel yang buat I rasa super duper takut dan tidak selesa. Di antara hotel yang buat I rasa takut nak tidur ialah Penisula Residence All Suite Hotel di Bukit Damansara Kuala Lumpur. Juga sebuah hotel di Parapat. Patrajasa Lake Parapat Resort di Lake Toba, Medan.

Giler takut. Tidurnya tidak. Mata saja terpejam rapat. Memang betul-betul sengal. Sakit hati aku dibuatnya!

Geram! Hihihi. Penakot sungguhkan?

Dasar!

Dah apa kejadah aku tak takut kalau dok bunyi perabot-perabot dialih ke sana-sini sekitar jam 3-4 pagi? (City Times & Peninsula Residence) Bunyi air paip mengalir di dalam bilik air? (Parapat) Bunyi anjing salak-menyalak? (Parapat ) Ada kawan yang pergi sekali tetapi tidur di bilik lain dengar suara baby dok menangis? (Parapat). Nak-nak bila bangun esok pagi (breakfast time), cuma group kami (Mr. Hubby sewa 5 bilik) & cuma 1 family yang lain yang tidur di hotel ini. Ah giler aku tak takut? 

Haip! 

No comments: