Posts

Showing posts from January, 2014

Kerepek Ngaku

Image
Assalamualaikum... Live from my little kitchen. Sedang menggoreng Kerepek Buah Ngaku. Siap goreng jer Hubby datang cilok. Tengoklah tu. Anak dan Abahnya sama naik! Samalah dengan Adib dan Nur pun. Kerepek Ngaku so so yummeh!

Honey Turns Two!

Image
Assalamualaikum...Ummi tak ada cerita lain today. Update pasal birthday Honey saja. Hiks! Sorry eh? Hari ni je I over okey? Small celebration saja di senja hari tadi. Ha! Time ni 2 years ago I kat dalam labour room dah. Masuk labour room dalam 20 minit gitu dan kemudian selamat melahirkan my sweetheart ni. Doctor & Nurse berkejarkan katil I ke dalam labour room okey?! Adoi! Memang tak boleh lupa pengalaman yang satu ini!Ummi sayang Honey. Satu dunia ini sayang. Nota kaki : Gambar last masa check-up di Klinik Kesihatan Simpang Songsang, Temerloh petang tadi. Nurse uji Honey boleh tak menyusun kiub itu semua. Honey boleh! Oh yeah!

Happy Birthday Honey!

Image
Assalamualaikum...Today Honey menginjak ke usia dua tahun. Happy Birthday sayang! Semoga anak Ummi membesar menjadi anak yang solehah. Berjaya di dunia dan di akhirat. Amin Ya Rabbal Alamin.Ummi sayang Honey banyak-banyak!

Pak Ngah Sudah Tiada

Image
Assalamualaikum...Al-Fatihah buat arwah Pak Ngah. Saudara keluarga kami di sebelah arwah Abah. Beliau telah meninggal dunia awal pagi tadi.KAU ampunkan dosa-dosanya Ya Allah! Semoga rohnya dicucuri rahmat. Ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.Salam Takziah buat ahli keluarga, Mak Ngah dan anak-anak.

Hotel M.S Garden, Kuantan ~ Day 2 ~

Image
Assalamualaikum...26.1.2014 Day 2 at Hotel M.S Garden, Kuantan. Kami keluar breakfast di Cafe Seri Suria. Nasi Minyak dan Ayam Masak Merahnya sangat-sangat sedap! Lembut berasa saja. Ikut hati mahu tambah sepinggan lagi okey tapi cukuplah makan sepinggan tu (kuatnya nafsu makan I Ya Allah!) Nescafe Tariknya pun super delicious! Selepas bersarapan, kami masuk ke bilik dan get ready untuk check out pula. Sebelum pulang, Mr. Hubby suruh beli Pizza di Cafe Angelo's Pizza. Satu slice RM5.00. I borong semua. Sedap uols! Tekstur rotinya lembut gebu. Makan semasa panas-panas memang sedap sangatlahkan!Sehingga menjilat jari!

Berjaya Megamall, Kuantan

Image
Assalamualaikum...25.1.2014Sebelah malam turun ke Berjaya Megamall. Tapau food for dinner. Then naik makan di dalam bilik sambil melayan Cik Honey dan television. Tapi semua cerita tak best tonight.Honey buat perangai tak mahu tidur sebab dia dah tidur awal tadi. Kena marah dengan Ummi terus tidur berpeluk dengan Abah. Tak bangun-bangun sampailah ke pagi. Hiks!Hailah anak!

Hotel M.S Garden, Kuantan ~ Day 1 ~

Image
Assalamualaikum...25.1.2014After lunch, kami ke Hotel M. S Garden. Cari bilik guna booking.com sebelum itu. Ini merupakan kali ke tiga kami duduk menginap di sini sejak tahun 2005. Ruang bilik sangat luas so my little Honey bergerak bebas ke sana sini. Honey enjoy je dok mandi kolam dengan her abang dan kakak. Mandi sekejap aje. Dalam setengah jam gitu. Honey dah ketar sejuk. So kami naik ke bilik, mandikan Honey di dalam bathroom.  Salin bajunya, bagi breastfeeding dan terus tidur. Semasa menyusu I tanya dia, "Nak mandi kolam lagi?" Honey dengan pantas menjawab "Nanak!", meaning "tak nak"! Hiks! Tahu sejuk ye?

Kuantan So Calm!

Image
Assalamualaikum...25.1.2014Kami gerak ke Kuantan selepas Mr. Hubby selesai mesyuaratnya. Singgah di R & R Maran barang sebentar. My kids mencari jajan dan kemudian kami meneruskan perjalanan ke destinasi. Berhenti lunch di Restoran Nasi Kukus Sham yang terletak di belakang Restoran Patin Pak Akob. Hari ini Gulai Tempoyak Ikan Patinnya tidak sesedap yang I makan before this. Menyesal pulak datang makan di sini. Isi ikannya keras dan sejuk. Kuah terlalu pekat dengan Tempoyak. Just not my taste! Memang menyesal datang makan sini tau. Lain kali pergi Kuantan, I tak mahu makan kat sini dah.Bencik!