Tuesday, April 29, 2014

KB Mall, Kelantan

Assalamualaikum...

19.4.2014

Kami ke KB Mall, Kota Bharu, Kelantan. Bawa Kakak Ipar dan anak-anak saudara berjalan-jalan sekejap. Setelah mencari apa yang dihajati, kami ke rumah Abang-Abang Ipar pula. Makan tengah hari di rumah Abang Azmi dan kemudian dinner di rumah Abang Azlan.

Terima kasih daun keladi. Sudi melayan kami yang datang bertandang. Sesudah makan, kami balik ke Kg. Bukit Abal, Pasir Puteh pula.

Malam semakin melarut. Kami pun masuk ke bilik untuk beradu. Masa untuk melayari mimpi. Bertemu pula kita esok pagi.

Insya Allah.

Shell Simpang Lay By, Bukit Besi, Dungun

Assalamualaikum...

18.4.2014

Dari Kuantan, kami singgah untuk bersolat jamak Zohor dan Asar di Shell Simpang Lay By, Bukit Besi, Dungun. Stesen minyak ini baru sahaja dirasmikan pada 26 Februari 2014 yang lepas.

Aku pantang jew tengok batu-bata jenis gini tau! Hihihi.... Adib dan Nurlah yang menjadi mangsa dok mengambil gambar aku posing gini. Hahaha! Sorry. I know. I agak over. Sila maafkan I ye?

Agak-agak mata tu macam nak keluar darah akibat melihat gambar I ni, cepat-cepatlah you alls larik baca blog orang lain eh? Aci gitu?



Pak Akob Patin House, Kuantan

Assalamualaikum...

18.4.2014

Selepas check out bilik di Hotel Seasons View, kami ke Restoran Pak Akob Patin House yang terletak di hujung deretan hotel.

Kali ke tiga datang makan di sini. Cuba you alls try Gulai Tempoyak Ikan Patin. Patin Buah. Sangat-sangat sedap hokay! Air-air yang diorder pula kesemuanya manis berperisa. Laju mengalir membasahi anak-anak tekak kami. Three Layer Syrup, Sirap Limau Ais, Teh 'O Ais, Teh 'O' Ais Limau dan Jus Tembikai tersangatlah "awesome" rasanya.

Silalah datang untuk merasainya sendiri. Sumpah korang akan datang lagi dan lagi.

Kalau tak sedap jangan nak marah-marah I pulak iya? Babab karang!

Selepas makan, kami bergerak ke Kg. Bukit Abal, Pasir Puteh di Kelantan. Kelik kapong tok laki kawe. Biarpun masa agak singkat iaitu cuma 3 hari 2 malam namun kami pulang juga menjenguk orang tua di kampung. Alhamdulillah. Happy dapat bersua muka biar pun cuma seketika.

Hotel Seasons View, Kuantan ~day 2~

Assalamualaikum...

18.4.2014

Selepas bangun bersolat Subuh, kami berehat dan bersiap untuk turun breakfast. Mr. Hubby ke Pejabat Tanah Pekan so kami makan 4 beranak sahaja.

Rasa makanan semua sedap. Sangat berpuas hati. Sedap. No comment. Full stop.

Hotel Seasons View, Kuantan

Assalamualaikum...

17.4.2014

Sesudah dinner di Restoran Ana Ikan Bakar Petai di Tg. Lumpur, kami ke Hotel Seasons View untuk bermalam. Ini merupakan kali ke dua kami menyewa bilik di sini. Bilik family ini sangat luas dan selesa buat kami.

Sampai di bilik around 9.30 malam. Sesudah mandi dan bersolat jamak Maghrib dan Isyak, kami pun tidur melelapkan mata.

Night! Night!

Ana Ikan Bakar Petai, Tg. Lumpur, Kuantan

Assalamualaikum...

17.4.2014

Kami singgah dinner di sini buat kali ke dua. Restoran Ana Ikan Bakar Petai di Tg. Lumpur, Kuantan.

Malam ini Mr. Hubby order Butter Prawn, Black Pepper Crab, Sotong Celup Tepung, Tomyam Campur, Telur Dadar dan Ikan Bakar. Air pula kami pesan Jus Tembikai 2 gelas (kemudian ditambah lagi 1 jug), Jus Apple, Teh Ais dan Air Kosong.

Puas hati makan. Sedap yang amat. Sungguh! I tak tipu. Korang nak rasa korang datang makan kat sini okay?

Teratak Tomyam, Temerloh

Assalamualaikum...

15.4.2014

Kami keluar dinner di Teratak Tomyam. Restoran ini sudah lama dibuka. Tetapi ini merupakan kali pertama kami singgah makan. Restoran ini terletak berhadapan dengan bangunan yang baru dibina di jirat cina di Temerloh ini. Kami dinner bersama adik lelaki I, Eidi.

Kami order Ikan Siakap Stim Limau, Sup Ayam, Daging Masak Merah, Ayam Paprik, Puyuh Masak Pedas, Telur Dadar, Sambal Belacan, Timun dan Nasi Goreng Cina for Honey. Air pula Teh 'O' Limau Suam (2 gelas), Nescafe, Apple Jus, Teh Ais dan Air Kosong.

Rasa makanan boleh tahan. Sedap juga kesemuanya. Sampai tak habis pun makan. Kenyang sangat dah!

Masa makan kami agak terganggu. Kecoh aje 2-3 orang mamat tu dok bersorak coz depa tengah tengok bola. Gempak-gempita restoran dibuatnya. Haru sungguh. Kami dok bantai gelakkan mereka. Adoi! Fanatic sungguh!

Rizki Tomyam, Mentakab

Assalamualaikum...

14.4.2014

Kami dinner di Restoran Rizki Tomyam yang terletak di Mentakab. Berhampiran dengan kedai perabot Teck Seong.

Mr. Hubby order Ikan Patin Stim Limau, Sup Ayam, Tomyam Campur, Puyuh Masak Pedas dan Nasi Goreng Cina for Honey. Air kami minta Tembikai Jus, Apple Jus, Teh Tarik (2 gelas), Teh 'O' Ais dan Air Kosong.

Makan penuh berselera. Sedap yang amat!
Kenyang Alhamdulillah.

Maza Jungle Food Court, Indera Mahkota, Kuantan

Assalamualaikum...

13.4.2014

Sebelum pulang ke rumah, kami singgah lunch di Maza Jungle Food Court di Indera Mahkota, Kuantan. Nasibku yang malang apabila makan Kuey Teow Sup yang sungguh tidak sedap rasanya ini. 

Tak reti masak sila tutup kedai Cik Kak, Cik Abang cikebom cikebom!

Pssst! Nasi Kukus Juna tu best. Memang selalu  berderet-deret orang dok beratur.

The Legend Resort, Cherating ~Day 2~

Assalamualaikum...

13.4.2014

Kami turun breakfast sekitar jam 8.30 pagi. Cafe sesak dengan orang ramai. Semua makanan sedap terasa di anak tekak. Kopi dia memang best. Nasi Dagang tu rasanya habis awal. Orang yang datang dalam pukul 9.30 pagi dah tak dapat makan. Chef masak Mee Goreng sebagai ganti.

Moral of the story, kalau tidur di hotel kena bangun breakfast awal. Boleh makan sedap-sedap. Hihihi...
Seronok makan ramai-ramai gini. Borak-borak, gelak-gelak.

Kelihatan Honey dok berjalan dengan Uncle Hafiznya. Tak hiraukan Ummi dan Abahnya pun. Makan pun dengan isteri dan anak-anak Uncle Hafiz. Sementelah Uncle Hafiz punya 2 anak teruna. Gedik jew aku nengokkan anak dara aku ni.

Jangan over ye Honey! Hiks...

Selepas bersarapan, kami lepak berehat di dalam bilik masing-masing. At 12.00 noon, kami keluar check out bilik.

Bye-bye The Legend! Ada masa nanti, aku akan pulang ke pangkuanmu. Kau tunggu aku kembali ya? Hihihi...

A million thanks to Mr. Hubby yang membawa kami jalan-jalan cari makan di Kuantan dan Cherating. Next trip ke mana pula ye Abang? Haaa can't wait!

Pak Su Seafood, Cherating

Assalamualaikum...

12.4.2014

Nak ambik order masa dinner ni rasa phobia sikit. Gara-gara order tak ingat dunia malam tadi. Hihi. So malam ni makan yang simple-sempoi saja. But still rasa kenyang. Itu pun ada lauk yang diorder lambat sampai. Makanan di sini semua sedap dan berasa. Cuma service agak lembabs. Kami datang sini sekitar jam 8.30 malam.

Makanan sedap tetapi service lembab.

Teringat-ingat akan Sotong Masak Pedas, Sayur Campur, Puyuh Masak Pedas dan Tomyam Campur.

Rasa Neslo Ais Adib dan Nescafe Ais yang I order? Ok sumpah tak tipu ni. Anak kecik aku, Honey bancuh lagi sedap!

Tak ada rasa apa!

Budak waiter dia handsome.

Tetibe! Hiks!

Monday, April 28, 2014

The Legend, Cherating

Assalamualaikum...

12.4.2014

Kami tiba di The Legend, Cherating sekitar jam 3.00 petang. Selesai urusan check in by Mr. Hubby, kami menuju ke bilik masing-masing. Empat bilik disewa seperti pada malam semalam di Hotel M.S Garden, Kuantan.

Berehat di bilik, siap bersolat jamak Zohor dan Asar, kami turun ke bawah untuk mandi kolam dan bermain air di pantai. Kelihatan ramai orang yang turut mandi bersama di dalam kolam mahu pun yang bersantai di tepian pantai. Kolam yang luas dan bersih semestinya mengundang rasa untuk bermandi-mandi. Hampir sejam mandi di kolam, kami ke pantai pula. Melayan anak-anak bermain pasir. Pasirnya sangat putih dan halus. Rehat dan santai. Tiada yang seindahnya.

Tak perlu lebih banyak bicara. Gambar-gambar membuktikan kata-kata.

Asyik bukan?