Saturday, May 31, 2014

Pekan Sehari, Temerloh

Assalamualaikum...

25.5.2014

Kami ke Pekan Sehari, Temerloh. Sesudah breakfast di Gerai Makan Mek, (I makan 2 ketul Ayam Bakar), kami pun berjalan-jalan ke Pekan Sehari.

Cari lauk-pauk untuk dibawa pulang ke rumah my mom di Kuala Krau. (My mom datang ke rumah dan tidur untuk beberapa malam). Dari situ, kami terus balik ke sana. Balik kampung yeay!

Sampai di kampung, singgah di kedai terlebih dahulu. Cari barang sikit. I suka sangat keadaan yang tidak berubah sama seperti I masih kecil dahulu. Vintage. I suka sangat tengok bangunan-bangunan lama begini.

Sesampai di rumah, terus bersilat masuk dapur. Hihi bersilatlah sangat! My mom yang masak semua pun. I goreng Sayur Sawi Tumis Air dan menggoreng ikan sahaja.

Ada cerita masa lunch ni. Honey makan nasi main-main. I curik makan nasi Honey tu. Wei! Sedapnyer make nasi dengan Singgang Ikan Lemudok, Ikan Tenggiri Masin Jeruk, Ikan  Goreng, Sawi Tumis Air dan the one and only,  BUDU.

MEMANG TAK MENYESAL I MAKAN! Sedapnya sehingga menjilat jari.

Dalam perjalanan pulang ke rumah, kami singgah beli Ikan Patin dan Ikan Tilapia. Malangnya Ikan Tilapia sudah kehabisan. Beli Ikan Patin sahaja sebanyak 3 ekor. 

Jadilah dari tiada langsung! 

Selera Diet Atkins

Assalamualaikum...

Ini merupakan di antara menu-menu yang I makan for Diet Atkins. Ada yang dimasak dan ada yang dibeli di kedai makan.

Jemput mata-mata kalian untuk menikmatinya. Hihi...

Sehingga ke hari ini, I baru hilang 8.2kg. Esok genap satu bulan I buat Diet Atkins.

Long journey to go to loose my weight...

Ayam Bakar. Beli di kedai makan berhampiran rumah. 
Chicken Patty with Kewpie Mayonis, Zucchini & Salads 
Ikan Patin Goreng
Ayam Goreng
Chicken Patty with Kewpie Mayonis
Ikan Patin Goreng & Sawi Tumis Air
Telur Separuh Masak
Bayam Tumis Air
Telur Separuh Masak
Ikan Patin Goreng
Telur Separuh Masak
Sup Daging Awesome! Beli di kedai makan berhampiran rumah
Telur Goreng with Cheese
Ikan Patin Masak Stim
Ayam Goreng with Bayam Goreng with Eggs & Cheese
Telur Rebus
Chicken Patty with Cheese
Telur Goreng with Cheese
Latest. Today. 31.5.2014 
Dugaan. Haish!

Anak Abah

Assalamualaikum...

Macam inilah keadaan Honey setiap kali Abahnya mahu keluar rumah untuk bekerja. Jika Honey sudah bangun tidurlah. Pada masa-masa yang lain, Honey selalu bangun lewat juga.

Anak abah katanya. Manja sangat-sangat!

Pasaraya BS, Temerloh

Assalamualaikum...

18.5.2014

Kami tidak mengunjungi Pekan Sehari seperti kebiasaannya pada hari Ahad. Just mencari lauk-pauk dan barang dapur di Pasaraya BS, Temerloh.

Seronok je membeli ikan dan Sayur-sayuran di sini.

Segar-segar sungguh!

Star Mall, Mentakab

Assalamualaikum...

17.5.2014

Kami ke Star Mall, Mentakab untuk mencari sedikit barang. Jalan-jalan cuci mata. Bagi kesegaran pada biji-biji mata ni. Hahaha!

Sebelum pulang, singgah beli foods for dinner at Kenny Rogers Roasters.

Ayam Panggang Lada Hitam. Aww sedap sekali!

Tuesday, May 27, 2014

Main Masak-Masak!

Assalamualaikum...

Selain memasak untuk diri sendiri (menu Diet Atkins), I masak pula untuk Mr. Hubby & the kids.

Masak menu yang ringkas dan mudah sahaja. 

Senang kerja I. Mujur mereka okay. Hehe...

Kobis Cina Tumis Air, Ayam Goreng & Ikan Siakap Bakar
Puding Koktail
Ikan Bawal Goreng, Kobis Cina Tumis Kicap, Nugget Tomyam, Serunding Daging & Ikan Merah Bakar
Macaroni Carbonara
Asam Pedas Ayam & Zucchini
Fettuccine Goreng with Meatballs
Ikan Siakap Black Pepper
Telur Masak Kicap, Telur Goreng & Ikan Rebus Goreng 
Ikan Patin Stim
Ikan Rebus Goreng
Fettuccine Cheese & Herbs. Requested by Nur, (my anak dara). Nak celebrate birthday her friend, Aisyah. 
Bekal untuk Nur & her friends at tuition class. 

Saturday, May 24, 2014

Selera Diet Atkins


Assalamualaikum...

Menu-menu yang I masak untuk Diet Atkins. Selagi boleh sukat dan sekat, I buat.
Kadang cheating jugak! Hiks!

Telur Dadar Inti Serunding w Mozarella Cheese
Sawi Tumis Air 
Telur Dadar 
Ikan Merah Masak Stim Halia
Telur Separuh Masak with Brokoli & Black Pepper
Opsie Bread 
Chicken Ball with Kewpie Mayonis 
Telur Separuh Masak with Brokoli & Black Pepper
Chicken Ball Goreng with Kewpie Mayonis
Telur Separuh Masak with Brokoli & Black Pepper
Sup Ayam
Ayam Kenny Rogers Roasters. Muffin tu I bagi kat Nur.
Sayur Kobis Cina Tumis Air
Ayam Goreng
Ikan Bakar. Kuah lebih requested by my kids
Telur Goreng Mata Kerbau
Telur Dadar Inti Serunding Daging
Telur Separuh Masak
Ikan Merah Masak Stim Halia
Telur Separuh Masak
Telur Separuh Masak
Telur Dadar with Chicken Patty, Salad & Kewpie Mayonis
Telur Separuh Masak
Ikan Siakap Bakar, Ayam Goreng, Sayur Bayam Tumis Air & Telur Dadar with Mayonis
Telur Separuh Masak with Brokoli & Black Pepper
Application ini namanya Monitor Your Weight. My latest weight for today.