Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2014

Restoran Ana Ikan Bakar Petai, Tg. Lumpur, Kuantan

Assalamualaikum... 18.9.2014 Kami dinner di sini, Restoran Ana Ikan Bakar Petai, Tg. Lumpur untuk kesekian kalinya. Kali ini kami makan Puding Raja dan aneka Puding, Sotong Celup Tepung, Butter Prawn, Ketam Black Pepper, Ikan Bakar (tak ingat ikan apa), Nasi Goreng Cina, Sayur Campur, Tomyam Campur dan Ikan Pari Bakar. Air pula Jus Tembikai satu jug.Alhamdulillah. Kenyang perut tak usahlah diceritakan lagi. Tapau mana yang tak habis. Sambung makan di dalam bilik. Sambil membaca novel yang dibeli petang tadi.The Lost World by Helmi Effendy. Awesome!

Happy Wedding Anniversary

Assalamualaikum...
12.11.1999 sehingga 12.11.2014. 15 tahun suka dan duka bersamamu.
Happy wedding anniversary buat kita berdua abang! Cinta abang hingga ke hujung nyawa. Terima kasih telah sudi mencurah kasih buat t selama ini.
Tidak terkira segala jasa dan budi. Kepada abang yang bergelar suami, cinta ini akan ku bawa hingga ke mati.

Restoran Mee Tarik Warisan Asli, Sg. Besi

Assalamualaikum...
16.9.2014
Dari Klana Beach Resort, Port Dickson, kami terus ke sini. Lunch di Restoran Mee Tarik Warisan Asli, Sg. Besi. First time kami datang ke sini setelah tidak tertahan rasa mahu mencuba. Sudah bertahun-tahun cuba nak datang. Finally, dapat jugak merasa. Ketika menjamu selera, terimbau memori ketika makan-makan di Guangzhou, China hampir setahun yang lalu. Tooth Pick Lambnya seenak rasa Satey di sana. Cuma Satey di Guangzhou lagi enak dimakan ketika masih panas-panas. Garlic Noodlesnya juga. Lembut je rasa. Super duper delicious nak bagitahu kat korang ni!
Hubby dan anak-anak pula  makan Nasi. Akan repeat untuk datang ke sini lagi. Tengah menulis dan melihat gambar-gambar ni pun dah buat aku menjejes air liur tau! Haish! Hai Mr. Hubby, bilalah nak bawa I pergi lagi ni?!