Wednesday, December 24, 2014

City Times Hotel, Indera Mahkota, Kuantan

Assalamualaikum...

16.10.2014

Dari Kula Cakes, kami terus ke sini, City Times Hotel yang terletak di Indera Mahkota, Kuantan. Booking bilik via booking.com saja. Setiap kali nak tidur hotel pun memang booking thru online.

Nak dijadikan cerita, I tak dapat tidur sepanjang malam over night here. Entah! Rasa takut sangat-sangat even katil sudah dirapat-rapatkan. Dok genggam tangan Mr. Hubby saja sepanjang malam. Giler takut seh! Tak bohong punya!

Ini merupakan di antara bilik hotel yang buat I rasa super duper takut dan tidak selesa. Di antara hotel yang buat I rasa takut nak tidur ialah Penisula Residence All Suite Hotel di Bukit Damansara Kuala Lumpur. Juga sebuah hotel di Parapat. Patrajasa Lake Parapat Resort di Lake Toba, Medan.

Giler takut. Tidurnya tidak. Mata saja terpejam rapat. Memang betul-betul sengal. Sakit hati aku dibuatnya!

Geram! Hihihi. Penakot sungguhkan?

Dasar!

Dah apa kejadah aku tak takut kalau dok bunyi perabot-perabot dialih ke sana-sini sekitar jam 3-4 pagi? (City Times & Peninsula Residence) Bunyi air paip mengalir di dalam bilik air? (Parapat) Bunyi anjing salak-menyalak? (Parapat ) Ada kawan yang pergi sekali tetapi tidur di bilik lain dengar suara baby dok menangis? (Parapat). Nak-nak bila bangun esok pagi (breakfast time), cuma group kami (Mr. Hubby sewa 5 bilik) & cuma 1 family yang lain yang tidur di hotel ini. Ah giler aku tak takut? 

Haip! 

Kula Cakes, Jalan Besar, Kuantan

Assalamualaikum...

16.10.2014

Dari Restoran Al-Edrus, Kuantan City II, kami terus ke Kula Cakes yang terletak di Jalan Besar, Kuantan. Beli cakes, (kali ni beli banyak slice sebab datang awal), ambil gambar dan terus check in bilik hotel.

Hotel yang paling tak best pernah I tidur so far. Sebab I tak dapat tidur sepanjang malam. Takut!

Seram sejuk haih!

Next entry : City Times Hotel, Indera Mahkota, Kuantan.
My honey madu.
Kula Cakes. 
Red Velvet Cake. Yummilicious! 
Chocolate Cake. Yummilicious! 
Mango Cheese Cake. Yummilicious! 
Pavlova. Too sweet for me. 
Brownies. 

Tuesday, December 23, 2014

Restoran Al-Edrus, Kuantan

Assalamualaikum...

16.10.2014

Sebelum ini kami selalu makan Nasi Arab di Restoran Al-Edrus yang terletak di Wangsa Maju. Kali ini kami mencuba pula di cawangannya di Kuantan Star City II.

Okay. Tak payah nak ulas panjang lebar. Datang saja bawa diri dan duit ke sini. Rasa foods sangat-sangat sedap. Alhamdulillah. Kenyang molek yang amat perut kami masa ni.

Pheww!

Klinik Zulkarnain, Temerloh

Assalamualaikum...

I batuk teruk. Dekat sebulan flu & batuk. Puncanya terkena air hujan sewaktu keluar rumah. Sudah sekian lama menderita, barulah tergerak hati mahu berjumpa doktor. Degillah sangatkan?

I ke Klinik Zulkarnain yang terletak di Jalan Bahagia, Temerloh pada 14.10.2014. Kenal Doktor Zul sejak zaman I anak dara lagi. Office kami panel dengan Klinik Sulaiman dulu.

I dah cuba makan ubat, beli di farmasi. Tetap tak menjadi. Kena berjumpa doktor juga once you dah tak sihat. Don't ever forget that!

Bukan nak kata Doktor Zulkarnain yang sembuhkan sakit I, but Alhamdulillah. I sihat sejurus habis makan ubat-ubat ni.

Syukur Alhamdulillah. Sihat sehingga ke hari ini. Allah beri rezeki tidak berhenti-henti.

Sihat. Gemuk ya ampun la ni!

Hidup Biar Sedap

Assalamualaikum...

Seleksi gambar makanan yang sempat I capture. Makan saja kerjanya. Hidup biar sedap kok!

Gemok sekarang ni. Gemok tau!

Hihihi...

Sate Ikan. Pantai Bukit Keluang. Besut, Terengganu. 
Roti Pisang. Mentakab.
Durian.
Nasi Kerabu. Jalan Bahagia, Temerloh. 
Nasi Ikan Singgang. Chow Kit. Kuala Lumpur. 
Cream Puff Vanilla. Roti Sarang Lebah. 
Takoyaki, Cream Puff, Cheese Cake Meleleh, Roti Sarang Lebah & Coconut Shake. Pasar Malam Temerloh Jaya. 
Karipap Daging  & Coconut Shake. Jalan Bahagia, Temerloh. 
Ayam Goreng by Ayamas. 
Ayam Panggang. Beli di Giant, Kuantan. 
Ayam Panggang. Beli di Giant, Kuantan. 
Nasi Lemak & Teh Tarik. Makan di gerai berdekatan SMA Al-Khairiah, Temerloh. 
Ikan Patin Masak Tempoyak. Beli di Restoran Claypot Patin Tempoyak. 
Gulai Ikan Patin Masak Tempoyak  & Pais Ikan Patin. Beli di Restoran Claypot Patin Tempoyak. 
Nasi Kandar Ariff Penang di Mentakab.
Cendol dan Rojak. Mentakab.
Kari Kambing Adabi & Sotong Goreng.
Pisang Goreng with Cheese. 
Lamb Chop. Beli di Giant, Kuantan. 
Yummilicious! 
Masak lagi. Lamb Chop & Chicken Chop.
Ayam Panggang. Beli di Giant, Kuantan. 
Ayam Panggang. Beli di Giant, Kuantan. 
Restoran Go Bang, Temerloh. Yummilicious! 
Gulai Ikan Patin Masak Tempoyak. Beli di Restoran Go Bang, Temerloh. 
Dinner di rumah my Kak Long. 
Roti Canai Banjir Bahari. Lokasi berdekatan Maybank Temerloh. 
Kambing sedap! Beli di Giant, Kuantan. 
Ikan Singgang tu my mom yang masak. Yummilicious! I masak Kambing, Telur Dadar &  Sotong Celup Tepung. 
Lauk-pauk beli di Restoran Anjung Luas, Temerloh. 
Lunch di Restoran Ani Sup Utara, Prima Sri Gombak Indah, Batu Caves. 
Chocolate Waffles. 
Laksam. My Mom yang buatkan.
Laksa Lemak by my mom.
Roti Canai Banjir Bahari, Temerloh. 
Nasi Kerabu my Kak Long.
Roti Kacang Pool. Beli di Bangi.
Roti Canai Banjir Bahari. Temerloh. 
Gulai Ikan Patin Masak Tempoyak. Beli di Bukit Angin, Temerloh. 
Dinner di Restoran Serasi, Temerloh. 
Breakfast Roti Canai di Kg. Bukit Kelulut, Temerloh. 
Gulai Ikan Patin Buah Masak Tempoyak & Ikan Tilapia Bakar. Bukit Angin, Temerloh. 
Gulai Ikan Patin Buah Masak Tempoyak,  Ikan Tilapia Bakar, Udang Galah & Ulam-ulaman di Bukit Angin, Temerloh. Oh so yummilicious!