Posts

Showing posts from January, 2015

Happy Birthday Honey!

Image
Assalamualaikum...Honey turns to 3 years old today! Alhamdulillah anak Ummi membesar dengan sihat sejahtera. Terima kasih Ya Allah! I love you Honey. From the moon to the back! Abah beli teddy bear yang besar tu untuk Honey. Ummi cuma masakkan Spaghetti Carbonara tu aje for lunch. Breakfast Honey makan Laksam. Abah beli sebelum g office. Dinner Honey makan Nasi Ayam Kak Mala manakala kami, termasuk my mom dan adik (yang datang ke rumah today), makan Nasi Arab with Lamb Shank yang dibeli di Temerloh Mall. Pastu g Secret Recipe cari cake. Pegi-pegi kek dah habis! (Sila gelak macam video adik comel yang cakap g kl, kl tutup tu hokey!). Hajat hati dari rumah lagi memang nak beli sebiji Kek Chocolate Indulgence buat makan-makan celebrate birthday Honey tapi tak ada rezeki pulak. Allah! Ralat benau rasa di hati ni. Sedih sangat-sangat okey?!At last, Honey pilih Kek Red Velvet dan untuk kami semua, I belikan Kek Chocolate Moist. Itu aje kek yang nampak sedap. Sebelum pulang ke rumah, singgah…

Temerloh

Image
Temerloh,  Yang semakin goyah dan rapuh, Terus ampuh. Kotor berselut lusuh.
Punah tempat berteduh. Hatiku tersentuh.  Jiwaku luluh. Deritanya menjalar ke seluruh tubuh. Sakitnya tidak terperi sungguh. Rasa kasihan kian bertumbuh. 
Moga kamu tidak akan terus mengeluh.  Bersabar di dalam keringat peluh.  Berusaha sendiri untuk sembuh.  Tanpa serik atau pun jenuh.
Tatkala berjaya melempar sauh, Jangan pula menjadi angkuh. Teruslah melangkah lebih jauh.  Pantas berdiri dengan teguh. Semoga tidak kembali runtuh.
Walau datang seribu gemuruh, Bersama-sama kita tempuh.  Seiring kita sama merempuh.  Sehingga sinar terang jadi penyuluh.
Adanya Allah, kita pasti terus utuh. Jangan cuma leka mencari musuh. Ambil yang jernih, buang yang keruh. Segala rasa benci perlu segera dibunuh. Apabila bersatu kita akan kekal kukuh!

2015

Image
Assalamualaikum...2015 menjelma. Tak tahu masih selamat atau pun tidak. Rumah emak di Taman Seri Desa, Kuala Krau habis tenggelam sehingga ke paras bumbung dek banjir yang melanda sejak 25.12.2014. Temerloh pun hampir tenggelam sudah. Aku di rumah. Terkepung. No way out. Jalan di depan dan di belakang perumahan ini telah dinaiki air sejak 26.12.2014. Nak wish tahun baru jugak? Memang taklah!Tak ada rasa apa. Tak tahu nak rasa apa. Apa-apa ajelah!