Tuesday, January 27, 2015

Temerloh

Temerloh, 
Yang semakin goyah dan rapuh,
Terus ampuh.
Kotor berselut lusuh.

Punah tempat berteduh.
Hatiku tersentuh. 
Jiwaku luluh.
Deritanya menjalar ke seluruh tubuh.
Sakitnya tidak terperi sungguh.
Rasa kasihan kian bertumbuh. 

Moga kamu tidak akan terus mengeluh. 
Bersabar di dalam keringat peluh. 
Berusaha sendiri untuk sembuh. 
Tanpa serik atau pun jenuh.

Tatkala berjaya melempar sauh,
Jangan pula menjadi angkuh.
Teruslah melangkah lebih jauh. 
Pantas berdiri dengan teguh.
Semoga tidak kembali runtuh.

Walau datang seribu gemuruh,
Bersama-sama kita tempuh. 
Seiring kita sama merempuh. 
Sehingga sinar terang jadi penyuluh.

Adanya Allah, kita pasti terus utuh.
Jangan cuma leka mencari musuh.
Ambil yang jernih, buang yang keruh.
Segala rasa benci perlu segera dibunuh.
Apabila bersatu kita akan kekal kukuh!


No comments: