Posts

Showing posts from April, 2015

The Great Beauty

Image
April saya dihabiskan dengan membuat perancangan untuk Mei.
Sekarang tidak lagi.
April saya dihabiskan dengan mengingati semula niat-niat baik saya yang hilang begitu saja.
Disebabkan kemalasan.
Disebabkan kealpaan.
Apa salahnya dengan nostalgia?
Itu saja kelegaan buat mereka yang tidak percayakan masa depan mereka!
Tanpa hujan,
April akan berakhir dan Mei akan menjelang.
Saya pula tiada apa lebihnya.
Tapi tak perlu risau.
Semuanya baik-baik saja.Petikan kata-kata indah di dalam salah satu scene filem, The Great Beauty yang aku tonton di channel A-List dua tiga hari lepas.Musim panas aku gantikan dengan April. April akan berakhir dan Mei akan menjelang yang sebenar di dalam filem ini ialah Ogos akan berakhir dan September akan menjelang. Aku gantikan kerana suka dengan kata-kata puitis ini. Sungguh menyentuh jiwa. Sangat!Selamat tinggal April yang manis. Umur aku menginjak ke angka 36 tahun pada 3 April lepas. Semoga terus dilimpahi kasih dari Ilahi. Tanpa ada henti. Aku sujud berdoa…

Aku Tanya Apa Khabar

Image
Assalamualaikum...

Apa khabar? Aku khabar baik saja kok. Cuma menanggung sakit tangan kiri yang terseliuh dek kerana dok mengangkut tilam queen size naik ke bilik di tingkat atas. Selain daripada itu, semuanya baik-baik sahaja adanya. Anak-anak, Adib dan Nur ke sekolah seperti biasa. Sama sekolah di SMA Al-Khairiah, Temerloh. Senang sangat kerja Ummi dan Abah nak pergi dan ambil mereka di sekolah. Mr. Hubby ke pejabat sebagaimana biasanya juga. Aku di rumah pula melayan gelagat si kecil Honey yang mana mulutnya bagai bertih jagung kini. Hihi. Banyak soal jawabnya pulak. Kalau Ummi tinggikan suara sikit terhadapnya dia akan bilang ini, "Ummi, boleh cakap slow-slow tak?" Dan satu lagi ayat, "Itu pun nak marah Honey!"

Kau rasa? Hihi.... Layankanlah saja. Setiap kali selepas aku mandikan dia, dia akan jawab ini yang mana sangat-sangat menyentuh hati dan menceriakan hari-hariku. "Terima kasih Ummi mandikan Honey. Honey wangi sangat!" Haish anak Ummi. Mulut iku…