Wednesday, April 29, 2015

Aku Tanya Apa Khabar

Assalamualaikum...

Apa khabar? Aku khabar baik saja kok. Cuma menanggung sakit tangan kiri yang terseliuh dek kerana dok mengangkut tilam queen size naik ke bilik di tingkat atas. Selain daripada itu, semuanya baik-baik sahaja adanya. Anak-anak, Adib dan Nur ke sekolah seperti biasa. Sama sekolah di SMA Al-Khairiah, Temerloh. Senang sangat kerja Ummi dan Abah nak pergi dan ambil mereka di sekolah. Mr. Hubby ke pejabat sebagaimana biasanya juga. Aku di rumah pula melayan gelagat si kecil Honey yang mana mulutnya bagai bertih jagung kini. Hihi. Banyak soal jawabnya pulak. Kalau Ummi tinggikan suara sikit terhadapnya dia akan bilang ini, "Ummi, boleh cakap slow-slow tak?" Dan satu lagi ayat, "Itu pun nak marah Honey!"

Kau rasa? Hihi.... Layankanlah saja. Setiap kali selepas aku mandikan dia, dia akan jawab ini yang mana sangat-sangat menyentuh hati dan menceriakan hari-hariku. "Terima kasih Ummi mandikan Honey. Honey wangi sangat!" Haish anak Ummi. Mulut ikut siapalah tu? Kalau ikut Abahnya, baguslah sangat. Besar nanti boleh jugak awak tu jadik peguam. Kalau ikut Ummi baik tak payah ye Honey? Ingat tu sayang. Jangan sesekali Honey lupa tahu?

Yang sebenarnya tadi aku usai menonton movie di HBO, Mom's Night Out. Allyson si mummy blogger. What a night. Hihi. So adventerous! Terus teringat dekat blog yang sudah lama tidak berupdate. Ada ceritanya kenapa aku malas dan asyik  bertangguh-tangguh untuk berbuat demikian. Si jantung hati, Samsung Note 3 sudah tenggelam jatuh di dalam air laut ketika aku berpergian ke Pulau Redang lewat tujuh minggu yang lalu. Si anak bujang, Adib yang punya angkara. Melanggar tangan tatkala Ummi ralit mengambil gambar pemandangan pantai di The Taaras Beach Resort & Spa.

Nak marah? Tak ada gunanya pun. Bukan dengan memarahinya aku dapat balik si jantung hatiku itu kan? Redha sahajalah. Hand phone sudah dihantar ke 2 buah kedai oleh Mr. Hubby untuk dibaiki. Akan tetapi agak malang sekali perkhabarannya. Sehingga kini ia masih begitu juga. Rosak dan berkarat sudah jadinya. Kesan masin air laut tu. Habis segala gambar semasa pergi bercuti dan berliburan sepanjang tahun awal tahun 2014 sehingga Mac, 2015.

Kuala Kedah, Pulau Langkawi, Alor Star

Antara yang belum sempat diupdate ke blog ialah cerita tatkala bercuti di Pulau Langkawi yang mana sebelum itu kami tidur di Hotel Leverage, di Kuala Kedah on 22.10.2014. Semasa di Pulau Langkawi, kami stay di Dayang Bay Resort (23.10.2014) dan Langkapuri Inn (24.10.2014). Bawa my mom bercuti bersama kami bercuti masa ini. Seronok seh pergi Pulau Langkawi! Walaupun hanya sekejap cuma. Pergi bersama my bff, Suzie and her family too. Dari Pulau Langkawi, kami singgah tidur dan berehat di Hotel Holiday Villa di Alor Star, Kedah Darul Aman (25.10.2014). Yang terkilan sangat tak sempat pun singgah di Pekan Rabu. Sebab rushing nak gerak balik ke Temerloh. Itu pun around 12.00 tengah malam sampai ke rumah. 

Hotel Quality, Kuala Lumpur (2.11.2014)

Kami tidur di Hotel Quality Kuala Lumpur. Kali ke tiga datang tidur di sini. Misi datang ke Kuala Lumpur kerana melawat cucu saudara yang baru lahir. Juga membeli tudung Aidijuma di Maju Junction dan bershopping di Sogo. Sangat selesa tidur di sini korang.

Hotel Premiera, Kuala Lumpur (8.11.2014)

Kami ke Kuala Lumpur lagi. Kali ini kami tidur di Hotel Premiera. Hotel baru yang serba moden yang terletak berdekatan dengan Maju Junction so senang nak pergi shopping tudung Aidijuma lagi. Hihihi. Tudung kesukaan aku lately ni uols. Design gila lawa. Sweet sungguh warna dan coraknya! Bak kata Honey, "Suuuuka sangat!"

Hotel Uniten, Bangi (22.11.2014)

Kami tidur di Hotel RHR Uniten di Bangi. Kali ke dua tidur di sini. Tidur di hotel ni sebab nak pergi tengok Upin Dan Ipin di Putrajaya. Juga melawat my friend yang baru melahirkan anak perempuannya. Bau baby sangat-sangat harum dan wangi!

Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur (4.12.2014)

Kami tidur pula di Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur. Kali ke dua kami tidur di hotel ini. Kari Kepala Ikan dia sangat awesome baq hang! 

Tune Hotel, KLIA2 (5.12.2014)

Kami bermalam pula di Tune Hotel di KLIA2. First time tidur di sini. Biliknya kecil tetapi okaylah untuk bermalam buat seketika. Kali ini mahu bercuti jauh dong! Di Bukit Tinggi, Indonesia sana. Mr. Hubby bawa bersama staf-staffnya juga. Yeah! Best sangat-sangat. Tempat paling best jika nak dibandingkan di antara melancong ke Bandung or Medan. Ada peluang dan ruang memang definitely mahu repeat bercuti di sana lagi. 

Bukit Tinggi, Sumatera Barat, Indonesia

Semasa di Bukit Tinggi kami tidur di Campago Resort Hotel selama dua malam (6.12.2014 - 7.12.2014). Satu malam lagi kami tidur di The Axana Hotel di Kota Padang (8.12.2014). Pengalaman manis yang akan aku kenang sampai bila-bila pun. Best trip ever with Bukari Shuhaida & Partners. Thank you so much to our Big Boss yang handsome dan baik hati orangnya! Hihihi...

Pulau Pinang

Balik dari Bukit Tinggi, Indonesia kami bercuti ke Pulau Pinang pula. Bawa family Abang Ipar bercuti di sana. Kami stay di Rainbow Paradise di Batu Feringghi selama dua malam (13.12.2014 - 14.12.2014). My. Husband punya member card di hotel ini since 2007 lagi. Setiap tahun sejak 2007 kami datang ke Pulau Pinang dan tidur di sini. Tetapi sebelum itu, (12.12.2014) kami tidur di M Garden Hotel di Jalan Reko, Kajang, Selangor. Hotel budget. Tapi hotel ni best sebab ada uptown di sekitar hotel. Kami makan dan minum di area uptown saja. Syiok!

Hotel G.D.S, Kuala Lumpur (15.12.2014)

Balik dari Pulau Pinang, kami bermalam pula di Hotel G.D.S di Kuala Lumpur. Kali ke dua tidur di hotel ini. Kali pertama tidur pada Disember 2013. Masa tu baru balik dari Guangzhou, China. Mr. Hubby ambil 2 bilik untuk kami dan family Abang Ipar. Selepas bersarapan, check out bilik dan kami bergerak pulang ke Temerloh. Family Abang Ipar pun ikut kami sekali masa tu. Jamu mereka lunch dengan Gulai Ikan Patin Masak Tempoyak. Yummy! Selepas lunch, mereka pulang terus ke Melaka.

My Home Hotel, Sri Gombak (17.12.2014)

Kami tidur di My Home Hotel di Prima Sri Gombak. Mr. Hubby ajak ikut sebab dia ada kerja di Shah Alam. Nak dijadikan cerita, kereta Kia Carens kami rosak pula semasa sampai di Genting Sempah. Mr. Hubby tinggalkan untuk dibaiki di Sri Gombak. Kami balik ke Temerloh menaiki bas pula. Oh! What a day. Mujur ada sebuah kereta lagi di rumah. Mujurlah. Mujur sangat-sangat.

Hotel Concorde, Shah Alam (17.2.2015)

Kami ke Shah Alam. Hubby ambil bilik di Hotel Concorde. Buat kali ke dua kami stay di hotel ini. Mr. Hubby ada kes di Mahkamah sini.

The Royale Chulan Damansara (18.2.2014)

Kami tidur pula di The Royale Chulan Damansara. First time tidur di sini. Suka dekorasi hotel yang bercat putih ini. Dekat saja nak ke The Curve dan IKEA tu. Jalan kaki saja pun. Memang havoc dan happening sekali tempatnya. Kan uols?!

Damas Suites & Residences (19.2.2015)

Kami tidur di Damas Suites & Residences, Damansara Height, Kuala Lumpur. First time tidur sini. Luas bilik di sini. Selesa. A bit privacy gitu. Sunyi dan sepi. Too scary too. Hahaha...

Hotel Grand Seasons, Kuala Lumpur (20.2.2015)

Kami tidur pula di Hotel Grand Seasons, Kuala Lumpur. Kali ke dua kami tidur di hotel ini. Hotel ni best. Makan pun sedap. Kita suka sangat!

Homestay Sg. Isap, Kuantan (27.2.2015)

Kami tidur di sebuah homestay di Sg. Isap, Kuantan. Family Mertua pakat-pakat berkumpul di sini kerana mahu menghadiri satu majlis perkahwinan anak sepupu Mr. Hubby. Sebelum datang tidur di sini, kami bershopping di East Coast Mall. Juga dinner di The Fish Manhattan. Yums!

Bukit Gambang Resort City (28.2.2015)

Kami tidur di Bukit Gambang Resort City. Mr. Hubby ambil bilik untuk family Abang, Adik dan his niece. 2 apartment yang punya 2 bilik setiap satu. My kids seronok sangatlah dapat bermandi-manda main air di Gambang Water Park ni. Ini merupakan kunjungan kami yang ke empat di sini. Belum berpeluang nak follow safari mereka lagi. Next time may be. Ya. Next time.

Bandar Baru Selayang (6.3.2015)

Mr. Hubby menyewa sebuah homestay di Bandar Baru Selayang. Sebahagian family Mertua datang berkumpul di sini. Masak-masak, makan-makan, borak-borak dan gelak-gelak tanpa adanya had. Hihihi. Seronok berkumpul beramai-ramai gini! Setuju tak korang?

Grand Continental, Kuala Lumpur (7.3.2015)

Mr. Hubby ambil 2 bilik di Hotel Grand Continental di Kuala Lumpur. Satu bilik untuk kami dan satu bilik lagi untuk family Abang Ipar. Masa ni kami baru balik lunch dan bershopping di IKEA. Yeah! Had so much fun there. Awesome! Nak repeat g IKEA selalu. Hihihi.

Hotel Grand Puteri, Kuala Terengganu (13.3.2015)

Kami ke Kuala Terengganu. Tidur for the first time di Hotel Grand Puteri. Islamic hotel and I like it very much. Esoknya, selama 2 hari, (14.3.2015 - 15.3.2015), kami tidur di The Taaras Beach Resort & Spa di Pulau Redang.

Memang rasa ralat dan terkilan. But nothing that i can do. What ever. Move on sajalah Wati! Tak buleh buek apo doh ha. Haru! Update cerita sahajalah tanpa gambar. Should be okay with that kan uols? 

Sehingga hari ini, aku hanya menggunakan hand phone Oppo milik Mr. Hubby saja. Dia yang suruh guna. Sementara dia masih menggunakan Samsung S3 yang dia dapat hasil pemberian sebuah bank di Temerloh. Hadiah cabutan bertuah beberapa tahun lepas. He is so lucky right?

Sebelum ni aku privatekan saja komen-komen from you guys. Tapi tadi masa bukak blog guna laptop, ada 23 komen yang perlu dipublishkan ha! Terkejut mak sekejap. Tanjat gitu. Hihihi. Maklumlah blog ni memang tak ramai orang yang tinggalkan komen. Hihihi. Ni rasa balik nak rajin menulis blog. Boleh gitu?

Untuk entry kali ini, aku letak 2 keping gambar ketika bercuti di Pulau Redang pada bulan Mac lepas. Nanti kita sambung cerita up story lain pulak ye?

Till then, kita berjumpa lagi. Thank you sudi baca blog kita ni tau! Kita suka bila dapat tahu orang suka baca blog kita. Kita bukan nak show off ke apa. Cuma kita memang suka bercerita. Kita tak ada apa yang boleh nak dibanggakan pun. Tiada apa-apa selain suami dan anak-anak kita saja. I have nothing. Kita ni dulu sekolah setakat SPMV aje pun. Kita tak kerja. Kita tak cantik. Kita cuma tumpang tuah suami kita aje. Jangan cemburukan kita tau? Tak berbaloi pun. Not worth it at all. Trust me.

Kita kawankan lagi best. Tak mahu lawan. Tak mahu sombong-sombong even ramai orang cop aku sebagai sombong. No! No! No! Tak mahu macam tu tau!

Ini duniawi belaka. Milik Allah semua. Semuanya.


3 comments:

Anonymous said...

Yeeessssss! you're back.. really miss to hear your story.. xde gmbar pun xpe.. janji dpt baca cerita2 you..

Ruziawati Yusof said...

Hi awak. Biar pun kita tidak saling mengenali, tapi rasa sangat dekat. Gitu.Hihi. Thanks again. Sudi jenguk blog saya.

Mohd Izhar Ismail said...

Salam. Nmpak kuat travel awak ni. Klau datang KL dan perlukan tempat tinggal.boleh singgah di homestay kami. Lokasi di Sri Gombak. Utk maklumat lanjut sila lawati blog kami. Terima kasih :)

http://homestaysunflower.blogspot.com/?m=1