Wednesday, June 24, 2015

Tiada Rasa

Assalamualaikum...

Banyak yang mahu diceritakan di sini. Namun sering kali juga hati berkata jangan. Tidak perlu nak up cerita itu dan ini seperti kebiasaan. Serasanya tiada keperluan lagi untuk melakukan semua itu.

Banyak perkara berlaku di sekitar kita lately. Isu politik yang kian mencengkam, bencana alam, manusia dengan pelbagai ragam dan kerenah yang tidak berkesudahan malah kita juga sudah berada di penghujung zaman. Hanya dengan membaca tulisan by Cahaya Relung melalui akaun Facebook beliau, menjadikan aku kecut perut dan kusut akal fikiran.

Allah. Tidak dapat digambarkan saat si Dajjal Laknatullah itu keluar. Jika hanya Allah izinkan umur aku panjang untuk sampai pada hari itu. Mahu lari ke mana? Mahu bikin apa nanti dengannya?

Buntu.

Marilah sama-sama kita menghafal surah Al-Kahfi. Untuk menjauhkan fitnah si Dajjal Laknatullah itu. Semoga kita selamat di bawah lindungan kuasa Allah yang satu.

Buat pembaca kesayangan, terima kasih dan sudilah kiranya kalian memaafkan setiap butir bicara yang aku tuturkan di blog picisan selama bertahun-tahun ini. Semua kesalahan sememangnya datang dari diri yang serba kekurangan dan jiwa yang serba naif ini.

Salam sayang buat semua.

4 comments:

Anonymous said...

As salam,

bunyi mcm dah xnak menulis lagi jer.. jgnlah mcm tu.. teruskan berblog, boleh mengembirakan ramai pihak yg membaca,, besar pahala tu.. Aminn

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, resepi dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Ruziawati Yusof said...

Thanks for your support even i tak kenal pun you ni siapa. Thanks!

supri said...

trimakasih infonya...
sangat menarik dan bermanfaat...
mantap deh infonya...
kunjungi balik yah nonton flim online di: http://inibos.com