Thursday, November 19, 2015

Kuala Krau

Assalamualaikum...

Balik ke kampung pada hujung bulan Oktober yang lalu. Di samping memenuhi jemputan kenduri kahwin saudara kami. My abang dan kakak pun ada balik sekali. Ajak abang singgah di Stesen Keretapi Kuala Krau. Menjejak kenangan setelah hampir 5 tahun tidak ke sini. Selalunya balik ke rumah emak sahaja. Tidak pula singgah ke stesen keretapi ini. Dulu arwah Abah, Mat Yusof Bin Omar bekerja dengan KTM. Beberapa bulan nak pencen dah dinaik taraf pula kepada KTMB.

Dulu kawasan yang ada rel keretapi dan berhutan itu ada deretan rumah kuaters KTM. Aku di antara mereka yang lahir di rumah kuaters ini. Alamat di dalam surat beranak pun bertulis Railway Quarters Kuala Krau pada ruangan tempat lahir. Jadi dipendekkan cerita, kawasan sekitar Stesen Keretapi Kuala Krau ialah kawasan jajahan aku semasa childhood dedulu. Pergi ke kedai atau ke rumah jiran-jiran atau pun bermain di kawasan permainan bersama kawan-kawan di sekitar surau KTM yang terletak di atas bukit itu tanpa rasa takut dan ragu-ragu. Satu Kuala Krau kami pusing pergi bermain atau pun ketika pergi beraya. Tak rasa takut walau sedikit pun hokay? Teman-teman sepermainan yang masih ku ingati hingga ke hari ini, di antaranya ialah masnira, za, ju, rubi, kak linda, wani, kak long, kak ngah, jemah, nana, imah, lokman, arah, hisham, saffuan, pian dan awie.

Sungguh! Sebak sangat dada terasa. Sesak! Serasa keadaan Stesen Keretapi Kuala Krau ini semakin mengecil saiznya. Atau aku yang semakin menginjak dewasa? Lantas imej demi imej berlegar di kotak fikiran. Di sekitar ini, di kawasan inilah aku membesar. Banyak kenangan yang terkumpul. Manis dan pahitnya bercampur dalam rasa pilu. Terbayang satu demi satu. Ternampak-nampak lagi semua yang terjadi seakan baru semalam ianya berlaku. Begitu pantasnya masa berlalu.

Rasa tak mahu pulang. Mahu duduk di sini buat selama-lamanya. Korang rasa tak apa yang aku rasa? Apabila semua orang di sekitar sudah tiada. Kediaman yang dulunya dianggap syurga kini telah bertukar menjadi hutan belantara. Sepi dan sunyi tanpa bunyi bising kanak-kanak riang bermain dan berlari ke sana dan ke mari tanpa henti. Barulah aku kembali ke alam realiti. Masa yang tidak boleh diundur kembali. Never ever. No! No! No!

Semuanya hanya berada di lipatan kenangan. Sesekali melayan perasan, hati diusik rindu. Rindu pada kalian yang pernah aku kenali di sini. Mahu mengulang kembali detik yang telah berlalu pergi. Tapi sayang. Semuanya bagai mimpi. Kenangan yang tak mahu ku tukar ganti. Biar saja aku bawa memori ini hingga ke mati. Moga aman saja bersemadi.

Satu yang pasti, Pekan Kuala Krau ini sememangnya tidak punya apa-apa. Tapi ia ternyata hebat di hati saya. Kekal begitu sampai bila-bila. Begitulah ia. Selamanya.

Untuk selama-lamanya.

6 comments:

Anonymous said...

Tahniah sbb kembali menulis,,,

nanonano said...

akak!!
lama xnmpak makin sihat skrg, hehe
updet la slalu,
rindu nk tgk gmbr mkn2 yg slalu akak upload tu. hehe sedap2 je semua.
sy konpius ni, kuala krau jerantut yer? ingt kelantan. hehe

Kathy Cristy said...

Nice Post, keep posting :)
Newbie asked permission to post some promotion
Mitra303 | Agen Sbobet | Agen Judi | Agen Bola
Agen Judi Online
Agen Judi
Agen Judi Terpercaya
Agen Bola
Bandar Judi
Bandar Bola
Agen SBOBET
Agen Casino
Agen Poker
Agen IBCBET
Agen Asia77
Agen Bola Tangkas
Prediksi Skor

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Ruziawati Yusof said...

Hi there, kuala Krau tu terletak di antara temerloh dan jerantut. Gitu. Thanks sudi baca blog kita.😉

Ruziawati Yusof said...

Thanks ya?😉