Posts

Showing posts from June, 2015

Tiada Rasa

Assalamualaikum...Banyak yang mahu diceritakan di sini. Namun sering kali juga hati berkata jangan. Tidak perlu nak up cerita itu dan ini seperti kebiasaan. Serasanya tiada keperluan lagi untuk melakukan semua itu. Banyak perkara berlaku di sekitar kita lately. Isu politik yang kian mencengkam, bencana alam, manusia dengan pelbagai ragam dan kerenah yang tidak berkesudahan malah kita juga sudah berada di penghujung zaman. Hanya dengan membaca tulisan by Cahaya Relung melalui akaun Facebook beliau, menjadikan aku kecut perut dan kusut akal fikiran. Allah. Tidak dapat digambarkan saat si Dajjal Laknatullah itu keluar. Jika hanya Allah izinkan umur aku panjang untuk sampai pada hari itu. Mahu lari ke mana? Mahu bikin apa nanti dengannya? Buntu.Marilah sama-sama kita menghafal surah Al-Kahfi. Untuk menjauhkan fitnah si Dajjal Laknatullah itu. Semoga kita selamat di bawah lindungan kuasa Allah yang satu.Buat pembaca kesayangan, terima kasih dan sudilah kiranya kalian memaafkan setiap butir…

Salam Ramadan 1436 Hijrah

Image
Assalamualaikum...
Salam Ramadan 1436H. Selamat menunaikan ibadah berpuasa. I'm sorry for everything peeps. Jika ada ketika tersalah tulis, tersilap tafsir, terover tanpa disedari, buat kamu terasa hati dan yang seumpama dengannya. Semoga kita sama-sama beroleh pahala yang banyak sepanjang menjalani ibadah di dalam bulan yang penuh berkat ini.
Juga jangan lupa amalkan membaca Surah Al-Kahfi untuk mengelakkan fitnah si Dajjal Laknatullah. Dunia semakin menghampiri ke penghujungnya. Dunia akhir zaman. Ya Allah!
Semoga kita semua dilindungi Allah senantiasa. Amin Ya Rabbal Alamin.

Selamat Tinggal Adila

Assalamualaikum...Sekitar jam 2.30 pagi tadi, aku dikejutkan dengan satu panggilan telefon. My nephew, Al-Annas telah mengkhabarkan satu berita yang cukup mengejutkan. "Adila dah tak ada Makcik!" Aku pantas bertanya, "Adila pergi mana Annas?" (Adila seorang OKU - Orang Kurang Upaya. Anak Istimewa my eldest sister yang berumur 19 tahun 10 bulan). My nephew menjawab, "Adila dah tak ada Makcik. Dia ikut ayah dah!" (Ayah Adila, my brother in law telah meninggal dunia pada tahun 2011.)Pantas aku terus ke rumah Kak Long yang terletak cuma selang beberapa buah rumah dari rumah bersama suamiku. Kami cuma berjalan kaki berdua. Di situ, terbaring kaku sekujur tubuh kurus tinggi milik Adila. Merah mata si ibunya. Duduk bersimpuh di sisi anak gadisnya itu. Punca kematian, Adila sesak nafas. Sebaik sahaja Kak Long pulang dari berniaga di kedai makannya, Adila jatuh ke atas lantai. Beralaskan carpet merah di ruang tamu rumah. Adila dijaga oleh abangnya, Asyraf tatkala …

Lost And Found

Assalamualaikum...Lega aih! Dah jumpa pen drive yang hilang hampir seminggu ni. Hilang stress baq hang! Tengah dok ambik baju dalam bakul tadi, terjatuh pen drive tu atas lantai. Actually, malam tadi I mimpi. Terjumpa pen drive ni atas bakul rotan. Tempat terakhir terlihatnya pen drive ni. Alih-alih tadi baru jumpa. Yeay! Happy sangat! Nanti I update blog secepat yang mungkin. Err? Ada ke orang nak baca? Hihi.

Hilang

Image
Assalamualaikum...Pen drive i hilang. Puas cari tak jumpa jugak. Banyak gambar g jejalan i simpan dalam pen drive ni. Letak atas meja konsul. My son, Adib alihkan atas  kotak meja rotan masa nak iron baju sekolah g kelas tambahan pagi Sabtu lepas. Then I keluar pegi jumpa dentist nak cuci gigi. Dari situ, gerak g rumah jiran. Mereka buat kenduri anak nak bertunang. Lepas balik ke rumah, mandi segala, carik-carik pen drive nak update blog, pen drive hilang! (Nak gelak ke nak nangis?)Sampailah sekarang. Cari dan cari tetapi still tidak ketemu.Geram aih! Tapi tak buleh buat apa pun dah. I update blog guna gambar di Instagram aje kalau gitu.Aci tak?