Posts

Showing posts from November, 2015

Kuala Krau

Image
Assalamualaikum...Balik ke kampung pada hujung bulan Oktober yang lalu. Di samping memenuhi jemputan kenduri kahwin saudara kami. My abang dan kakak pun ada balik sekali. Ajak abang singgah di Stesen Keretapi Kuala Krau. Menjejak kenangan setelah hampir 5 tahun tidak ke sini. Selalunya balik ke rumah emak sahaja. Tidak pula singgah ke stesen keretapi ini. Dulu arwah Abah, Mat Yusof Bin Omar bekerja dengan KTM. Beberapa bulan nak pencen dah dinaik taraf pula kepada KTMB. Dulu kawasan yang ada rel keretapi dan berhutan itu ada deretan rumah kuaters KTM. Aku di antara mereka yang lahir di rumah kuaters ini. Alamat di dalam surat beranak pun bertulis Railway Quarters Kuala Krau pada ruangan tempat lahir. Jadi dipendekkan cerita, kawasan sekitar Stesen Keretapi Kuala Krau ialah kawasan jajahan aku semasa childhood dedulu. Pergi ke kedai atau ke rumah jiran-jiran atau pun bermain di kawasan permainan bersama kawan-kawan di sekitar surau KTM yang terletak di atas bukit itu tanpa rasa takut d…