Tuesday, June 14, 2016

karut semata-mata

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,

Hello there readers,

Apa khabar semuanya? Hopefully kamu baik-baik sahaja.

Mahu tulis apa iya? Rasa-rasa macam mahu menulis something.

Ermmm.

Tapi serupa tidak ada idea sahaja pada waktu ini.

Konon-konon bloggerlah sangat. Kan? Tak macam dulu-dulu. Setiap hari mesti mahu update belog. Sehari tak update tak tentunya rasa. Tak lengkap tanpa aktiviti yang satu ini.

Alahai. Sampai ke tahap begitu sekali.

Ceritanya tak sudah-sudah tentang kerenah baby honey, acara masak-memasak, makan-makan sedap, jenjalan ke hotel sana dan sini, membebel kat isu-isu yang tidak tentu pasal. At the end, rasa macam tak puas-puas jugak. Something is missing.

Ermmm.

Tiba-tiba terasa benda-benda ini semua tidak perlu diceritakan secara terperinci lagi.

Tiba-tiba terasa macam benda-benda ini semua  karut semata.

Hanya karut semata-mata.

Bosan.

Ermmm.

Kalian bagaimana fikirnya pula? Mahu aku terus berkongsi rasa? Mahu diri aku yang dulu itu? Atau biarkan sahaja aku duduk diam membisu? 

Keras membatu?

Lantas, yang mana satu? Cukup untuk aku tahu, di mana aku di hati mu.

2 comments:

Anonymous said...

Teruskanlah berkongsi rasa... aktiflah semula berblog macam dulu2... betapa bnyk pahala diperolehi in sha Allah sebab dapat mendamaikan hati ratusan pembaca yang begitu senang membaca diari kehidupan puan..

Ruziawati Yusof said...

Thanks support kita tau! Even kita tidak saling mengenali. I'll try my best. Hopefully you tak bosan bila nak baca blog kita. Hiks!

Thanks again!