Friday, July 15, 2016

Kesian Dia

Assalamualaikum,

Honey demam sejak petang semalam. Bawa pergi klinik nak berjumpa dengan doktor. Tunggu dalam 15 minit gitu sebelum klinik dibuka. Tokey kedai Amoi Trading beri kerusi untuk honey duduk. Baiknya hati dia. Sebelum tu kita cakap kat dia, "Boss tumpang berdiri depan kedai boss. Nak tunggu klinik buka." Dia balas, "boleh. Tak apa". May be dia cam muka kita. Sokmo membeli di kedainya tu.

Tengoklah tu cucu dia dok usha honey sampai ke dalam klinik. Sampailah honey masuk ke dalam 7E dan nak balik rumah naik kereta. Bye-bye katanya. Mak dia panggil pun boleh dia buat tak tahu aje. Sebelum balik kita bagi dia duit raya sikit.

Hiks!

Dalam gambar nampak Honey macam sihat. Tadi suhu badan 38. Actually sebelum bawa pergi klinik, badan dia lagi panas. May be suhu badan lebih daripada 38.

Cecepat sembuh anak Ummi. Ummi awak nak pergi Ikea ni. Ahahaha.

1 comment:

Anonymous said...

Semoga cepat sembuh, umi tu dah ready nak gi shopping sakan.. hihi