Thursday, July 14, 2016

Nabila Tomyam, Temerloh

Assalamualaikum,

Untuk lauk berbuka malam tadi ini, Mr. Hubby beli di Restoran Nabila Tomyam. Kedai orang Siam. Kita masak nasi putih aje. Nak beli lauk di Rizki Tomyam 2 tapi tutup pula. So lajak ke depan sikit dan restoran ni terletak sebelum nak masuk LPT Temerloh. Kalau dari Temerloh, ia terletak di sebelah kiri jalan.

Mr. Hubby order Ikan Siakap Stim, Daging Masak Merah, Sup Tulang, Paprik Ayam, Sambal Belacan dan as usual iaitu Nasi Goreng Cina untuk cek mek Honey. Bersama Telur Mata Kerbau.

First time membeli dan merasa makanan di sini. Rasa foods okaylah. Sambal Belacan tu sedap dimakan bersama Ikan Siakap Stim. Ada leftover dan kita dah panaskan untuk bersahur tadi. Tak mau membazir eh?

Sup Tulang tu rasa supnya sedap molek. Cumanya keras bab tulang. Lain kali kalau nak beli Sup Tulang here, bawak balik ke rumah dan masak guna periuk Noxxa pula. Baru daging di Tulang berasa lembut aje. Daging Masak Merah sedap cuma selera makan jadi tersekat sebab Ayam Paprik tu dipotong kecil bersama tulang-tulangnya. Alahai. Potong stim hakak nak makan ha!

Yang paling tak best bila Telur Mata Kerbau untuk Honey digoreng sedikit hangus. Kesian anak Ummi ye?

Banyak komplen nampak? Nak sedap ikut selera anak tekak better masak sendiri aje. Kot? But for now, kita sakit pinggang. On off gitu. Doakan kita cepat-cepat sembuh iya?

Thanks pada yang sudi baca blog kita. Nanti kita update lagi mana-mana kedai makan iya di sekitar Temerloh atau di lain tempat? Thanks support kita tau. You know who you are. 😉

Till then, good bye. Have a great day ya? Muah ciked!😘

2 comments:

Anonymous said...


Makan sedap2 tau, nanti akan cepat sembuh sakit pinggang tu in sha Allah! Boleh update blog lebih kerap

Ruziawati Yusof said...

Hiks. Thanks😉