Thursday, December 29, 2016

adib dan mumtaz

Assalamualaikum,

Syukur Alhamdulillah.
Rasa resah dan gundah sudah terluah.
Anak bujang Ummi berjaya memperoleh mumtaz. Walau cuma 8A sebagai anugerah.
Ummi dan abah pasrah menadah.
Adib telah mencuba bersusah payah.

Terima kasih Allah.
Semoga anak Ummi terus success di dunia dan akhirat.

Tahun hadapan bertambah lelah
SPM dinanti bersama tuah
Ummi doakan Adib kuat dan gagah
Teruskan mencipta memori indah!

Tuesday, December 20, 2016

happy birthday love

Assalamualaikum...

Semalam birthday girl, kakak Nur request nak makan tomyam. Beli sebiji kek Chocolate Indulgence di Secret Recipe. Pastu pergi lepak makan malam di Teratak Tomyam. Sebelah TNB Temerloh.

Today birthday boy, abang Adib request nak makan steamboat. So kita bawak ke our favourite restaurant, Rotarium Steamboat & Grill.

Adik Honey pulak merengek-rengek nak "happy birthday" jugak. Nak beli kek pastu nak potong kek tu sendiri. Alahailah Honey!

Monday, December 19, 2016

happy birthday love

Assalamualaikum...

Happy birthday anak-anak ummi, nur, today 19.12 & adib tomorrow, 20.12. Setiap tahun memang celebrate sekali harung saja. Selang sehari katanya.

Semoga kalian jadi anak yang soleh & solehah kepada abah & ummi. Ummi doakan selalu. Insya Allah.

Ummi sayang korang banyak-banyak tau 😍