Friday, January 13, 2017

dugaan

Assalamualaikum,

Peti ais Samsung yang Mr. Hubby beli lewat lima tahun lepas sudah tidak berfungsi. Habis rosak barang-barang makan di dalamnya. Terus kita buang dan yang mana masih elok kita simpan bebaik. Panggil orang datang ke rumah untuk dibaiki. Bersepah-sepah dapur kita dibuatnya ha!

Start kereta Kia Carens. Tak hidup. Panggil Mr. Mechanic datang ke rumah dan apabila enjin kereta dapat dihidupkan, Mr. Mechenic bawa pergi ke bengkelnya. Mujurlah Mr. Mechanic yang baik hati itu saudara kita. Senang kerja. Kereta rosak gak, hulur ko dio selalu seperti kebiasaannya. Biso dio ni✌

Start kereta Honda CRV, tak hidup jugak. Ok fine. Call Uncle Chee Wah then dia dengan segera datang menghantar bateri ke rumah. Lepas tukar bateri, enjin kereta hidup selalu boh! Ok settle doh kat situ.👍

Keluar dinner malam kelmarin. Kena air hujan. Tak sakit kepala as usual tapinya dia datang bersin tak berhenti. Pening kita awak. Dah kenapa tak berhenti-henti dok bersin pulak ni? Alahai.

Ok stress. Kerana tekanan yang datang bertalu-talu, kita pulun makan Nasi Lemak Warisan Bonda yang dibeli di Kg. Paya Kecik. Sambal Ikan Bilis dia sedap sesangat sampai kita beli extra gitu. Sesambil pulak melayan timeline Instagram. Oh indahnya lahai. Perut dah kenyang makan Nasi Lemak sedap. Lepak-lepak sekejap sambil tunggu Mr. Hubby nak keluar pergi kerja.

Ternampaklah kita budak comel seorang ni, Umairah. Anak kawan cyber kita, Fara. Tunjuk dekat Mr. Hubby. "Abang, tengok anak kawan T. Yang T beli Rendang Tok dan cookies sedap masa nak raya dulu. Yang T pergi jumpa dia dekat Ampang Puteri. Comel tak? Tapi baby dia sakit."

Mr. Hubby menjawab, "Ho. Kito ni bersyukurlah. Bersin sikit-sikit aje pun. Bukan sakik dok berulang-alik g hospital.

Ok. Sentap. Sungguh. Sentap dia senak menusuk sehingga ke kalbu yang paling dalam.

Dapat pula mesej WhatsApp​ dalam group family mertua. My nephew dikejarkan ke wad kecemasan di Hospital di Kota Bharu kerana serangan Asma. Allahu. Kesiannyalah kat dia. Aunty doakan Farhan cepat sembuh iya?

Pastu nak dijadikan ceritalah, sudah bersalam mencium tangan dan kedua-dua belah pipi Mr. Hubby, dia start kereta Naza Ria pulak. Ok hidup. Pastu mati. Start lagi. Mati lagi. Start lagi. Mati lagi. Start lagi. Enjin hidup. Pastu mati. Dan lagi. Dan lagi. Ok tension kita tengok Mr. Hubby. Kesian kat dia. Dalam hati dok berzikir. Allah. Allah. Allah. Pastu start. Enjin hidup. Then dengan segak bergaya, Mr. Hubby yang kacak melambai kita dan terus memandu pergi. Ada kerja yang menanti di Maran dan Kuantan hari ini. Ya Allah, Kau permudahkanlah perjalanan dan urusannya.

Chill. Benda-benda kecil saja Allah nak uji. Tak payah over nak melayan emosi. Buat rosak saja dekat hati. Kesian hati. Usah peduli lagi. Apa saja yang Allah beri, kita cubalah sebaik-baiknya untuk hadapi. Allah masih sudi beri kita nyawa untuk hidup di bumi ini. Bersyukurlah. Apa yang terjadi lately, adalah Allah nak menegur ni. Allah nak uji. Tak ada hal, kita redha saja. Kita terima saja. Kita fikir yang baik-baik saja iya?

Bukan masalah besar pun. Bukan apa-apa pun.

Buat adik Fara, semoga terus kuat menjaga anak syurga yang adorable ini. Allah tidak sudah-sudah menguji kerana DIA sayangkan hamba-Nya. Semoga Allah memberikan kesembuhan buat Umairah. Terus sihat dan hidup gembira bersama keluarga. Membesar menjadi anak yang bijak dan solehah. Mari sama-sama kita mendoakan.

Aamiin.

No comments: