Tuesday, January 03, 2017

her first kindergarten

Assalamualaikum,

Her first day at kindergarten today. Alhamdulillah, masih ada tempat for her. Baru daftar semalam aje pun. Suka buat kerja last minutekan? Gitulah dia.

Ummi tak rasa risau nak tinggalkan Honey sebab Ummi tahu anak Ummi ni super friendly orangnya. Cuma Ummi terkilan sesangat sebab Honey tak dapat her uniform lagi. So pakai baju biasa dulu for now. Kesian anak Ummi ni ye? Tak sama pakaiannya macam kawan-kawan yang lain tu. Lahai...

Tadi masa hantar Honey, parents kena stay sekejap. Luangkan masa buat heart craft with the kids. Touching aje Ummi baca mesej yang teacher beri. Seolah-olah ditulis by Honey sendiri. Sampai menitislah juga air mata ni ha! Badan aje sado. Hati? Hurmmm lembut macam tisu!

Waktu sekolah bermula dari 8.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari. Masa ambik tadi, Honey okay aje. Sama macam seperti Ummi tinggalkan selepas membuat heart craft. Ada juga yang menangis bagai minta nak balik rumah. Alahai. Mujurlah Honey baik perangai. Happy je Ummi rasa. Siap cakap esok nak pergi sekolah lagi. Padahal dia memang tak nak pergi sekolah before. Takut tengok pengetua gemuk dan garang dalam cerita Upin & Ipin tu. Tapi bila dia tengok pengetua dekat sekolah tu cantik manis orangnya, terus timbul rasa nak pergi ke sekolah. Ha! Baru ada akal awak Honey!

Semoga anak Ummi ni happy aje pergi sekolah iya? Ummi sayang dia banyak-banyak 😍

No comments: