Majlis Sukan Dan Ilmiah Sekolah-Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang MASISUPA 2017

Assalamualaikum,

Syukur Alhamdulillah.

Seawal pagi lagi teacher Adib dah hantar WhatsApp kat kita. Bagitahu berita gembira. Tahniah SMA Al-Khairiah, Temerloh menjadi juara Debat Bahasa Inggeris Majlis Sukan Dan Ilmiah Sekolah-Sekolah Menengah Ugama Negeri Pahang (MASISUPA) Peringkat Pusat kali ke 33 untuk tahun 2017!

Congratulations guys! Mengulangi kejayaan sama seperti tahun lepas. Kita kekal menjadi juara lagi. Final tadi SMA Al-Khairiah, Temerloh melawan SMA Al-Ihsan, Kuantan. Thank you so much buat teacher Nurul Faizah Draffar, teacher Zarina & teacher Nur Muniffah Bahirah yang cekal membimbing team debat ini.

Pasukan Zon 3 disertai peserta Sekolah Menengah Agama (SMA) Al-Khairiah, SMA Chenor, SMA Al-Wosto, SMA Guai, SMA Pelangai Dan SMAR Darunnaim dinobatkan juara keseluruhan Majlis Sukan Dan Ilmiah Ugama MASISUPA kali ke 33, 2017. Tahniah!

Keep rocking guys 💪

Comments

mek da ©™ said…
Tahniah... bakal lawyer :)
ruziawati yusof said…
Insya Allah dear. thanks tau. sorry malam ni baru approved comments.

Popular posts from this blog

Klana Beach Resort, Port Dickson

The Taaras Beach Resort & Spa, Pulau Redang