Bersabarlah Duhai Khadijah

اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ‎

Senyap-senyap Nur balik ke rumah pada pukul 1.30 tengah hari tadi. Ummi ingatkan balik sekolah macam jadual biasa iaitu pada pukul 2.30 petang.

Terkejut ummi dan abah dibuatnya. Kenapa tak call ummi suruh pergi ambil? Nur jawab, telefon dekat sekolah rosak. Nur tumpang kereta Alia (her classmate merangkap her best friend yang duduk dekat kawasan rumah kami).

Lepas tu belum pun sempat ummi nak buka pintu, muka Nur jadi lain macam. Mencebikkan bibir kemudian terus menangis. Ummi panik habis dah!

Sambil memeluk Nur ummi bertanya. Kenapa? Nur tak boleh jawab exam ke tadi?

Bimbang habis dah ummi dibuatnya. Macam-macam benda Ummi dok fikir dalam kepala otak ni!

Nur pun menjawab, ayah Khadijah (her best friend) dah meninggal dunia. Dia tak datang sekolah hari ni ummi!

Allahu. Ummi pun menangis sama. Tak tahu nak bagi response macammana. Ummi pujuk Nur dan cakap, okay karang kita pergi melawat Khadijah dan emak dia. Lepas tu barulah dia okay sikit. Tengah duduk menjawab peperiksaan tadi pun Nur cakap Nur tak berhenti menangis. Nur sedih. Khadijah bijak orangnya. Jadi Nur bimbang Khadijah tak dapat menduduki peperiksaan PT3 hari ini.

Sekarang baru nak gerak pergi ke rumah Khadijah. (Sebab nak tunggu ambil Adib balik dari sekolah pula). Itu sajalah yang terbaik ummi boleh lakukan pun untuk meredakan keresahan dan kesedihan yang sedang ditanggung oleh Nur. Ayah Khadijah ini sungguh hebat orangnya (Arwah meninggal dunia semasa sedang bersolat Maghrib malam semalam). Arwah merupakan seorang guru di Sekolah Agama Al-Wosto di Temerloh. Arwah telah berjaya mendidik lima daripada 6 orang anaknya sehingga dapat melanjutkan pelajaran di Mesir. Khadijah pula merupakan anak yang paling bongsu. Semoga Wan Khadijah Wan Ishak kuat menghadapi ujian ini. Insya Allah.

إنا لله وإنا إليه راجعون   اللهم اغفر له وارحمه، وعافه ،واعف عنه ،وأكرم نُزُله ، ووسع مُدخلهُ ، واغسله بالماء والثلج والبرد ، ونقه من الخطايا كما ينقى الثوب الأبيض من الدنس ، وأبدله داراً خيراً من داره ، وأهلاً خيراً من أهله وزوجاً خيراً من زوجه، وأدخله الجنة ،وأعذه من عذاب القبر ( ومن عذاب النار )

Adib maklumkan kepada ummi tadi bahawa dia pergi mengikuti rombongan sekolah dengan menaiki bas untuk tujuan solat jenazah. (Arwah dikenali rapat oleh guru-guru SMA Al-Khairiah, Temerloh). 3 orang anak lelakinya turut membantu menguruskan jenazah sehingga selamat dikebumikan (Bagaimanapun, 2 orang anak Arwah tidak dapat pulang dari Mesir). Adib juga memberitahu, ramai orang yang datang untuk melawat tadi. Rezeki beliau. Bahagian yang beliau dapat. Indahnya percaturan yang Allah beri.

Allahu. Dan Khadijah pun ada datang sekolah sebenarnya untuk menjawab peperiksaan tetapi dikuarantinkan di kelas yang lain. Cuma tidak berjumpa dengan kawan-kawan yang lain. Semoga dipermudahkan urusan anak-anak ini menjawab peperiksaan esok sehingga khamis ini.

Insya Allah.

Comments

Popular posts from this blog

Klana Beach Resort, Port Dickson

The Taaras Beach Resort & Spa, Pulau Redang