Showing posts with label PEACE. Show all posts
Showing posts with label PEACE. Show all posts

Friday, August 17, 2012

TEMERLOH

Assalamualaikum...
16812
Shopping last minute di Temerloh tadi. Tak sempat nak ke KL dah. Shopping sepantas kilat coz Adib merengek dah tak larat. Adib demam on and off. Sedih tau kalau anak-anak sakit. Honey pun flu sejak Sabtu lepas. Kalau boleh biarlah me sorang menanggung sakit, bukan anak-anak. Tak rela me dok tengok wajah sugul mereka tatkala sakit. Kalau nak dibandingkan time diaorang sihat, kecoh rumah dibuatnya dengan kelakuan mereka.
Mula-mula kami singgah di BATA. Ingat nak cari kasut Adib. Tapi tak ada yang berkenan. Me pulak beli sandal aje. Rasanya harga RM 29.90 kalau tak silap. Tapi time bayar budak tu cakap "RM10 kak" Eh! Terkejut me kejap. Me tanya "oh ye? kenapa murah sangat?" Dia jawab "ada less ni kak" oh ok! Me senyum sampai ke telinga. Me minta saiz 9. Yang dapat saiz 10. Memang selesa amat. Suka sangat bila jumpa sandal atau kasut yang sesuai dengan saiz kaki. Bila dah jumpa rembat saja coz memang amat payah untuk me mencari sandal atau kasut tau! Dah lama usha-usha Sembonia, Carlo Rino, Vincci, Bonia & etc. Tapi tetap tak ada my size. *sigh*
Then kami ke kedai kasut depan BATA, Kedai TOPTEN.  Kat sini Mr. Hubby dan Adib masing-masing dapat kasut dan selipar Dr. Cardin. Adib tak suka sangat pakai kasut actually. Dia sempoi nak pakai selipar saja. So bila Abahnya dah beli kasut baru, Adib try pulak kasut Abahnya yang tengah dipakai. Padan muat. Dan selesa katanya memakai kasut Abah coz bahagian tengah kasut tu agak lebar. Ok settle. Siap beli sandal dan kasut. Sandal Nur dan kasut Honey dah beli last week di BATA Subang Parade. Murah-murah je. RM10 sepasang. Asal cantik di mata dan muat di kaki, RM10 pun RM10lah!  ;-) Janji ada. Janji baru dari tiada!
Singgah pula kami mencari tudung Nur di Rene's Scarft. Beli 2 helai tudung dan dapat percuma sehelai tudung. Ok. Settle bab tudung Nur.
Pabila lalu di kedai PEACE pula, me masuk untuk beli Cardigan. Dapat pun Cardigan seperti kamu Emy! Hehe. Nanti bila jumpa kia sama-sama pakai Cardigan warna Purple ni ok?
Ok. Sudah shopping sepantas kilat. Kereta banyak. Temerloh jem ko! Ha! Hari pun mendung gelap nak hujan. So, jomlah kita balik rumah.
Sebelum balik rumah, kami singgah di KFC. Beli juadah berbuka puasa coz Mr. Hubby berbuka di Hotel Seri Malaysia today dengan clientnya.
Mr. Hubby, tq bawa Ummi & the kids shopping tadi eh?   :-*

Published with Blogger-droid v2.0.6