Posts

Showing posts from September, 2012

HONEY : 8 BULAN

Image
Assalamualaikum...
Diari Honey Ummi teruskan di usia menjengah 8 bulan ini. Honey berusia 242 hari today.
* (26812) Bangun menyusukan Honey at 3.30 am.
* Honey sudah yakin DUDUK sendiri.
* Hobey ikut Hubby keluar beli breakfast. Seronoklah sangat!
* Honey menangis kalau nampak Abahnya keluar rumah. Mahu ikut sama letew! Lepas bf, terus dia tidur.
* Beli Bubur Nasi di Marrybrown. Suap untuk Honey juga. Hari ni Honey kuat makan. Nestum juga Bubur Nasi.
* (27812) Bangun bf at 2.30 am. Merengek juga menangis.
* Honey melasak satu rumah. Tarik kain langsir, tarik wayar, panjat kerusi, cari Ummi sampai ke bilik air. Tapi tak menangis pun. Muka senyum saja.
* Honey sudah boleh MERANGKAK!
* Honey menangis tak mahu tidur di bilik atas.
* (28812) Bangun bf at 2.30 am.
* Honey melasak memanjat kerusi bagai. Cari Ummi di dapur.
* Honey susah nak tidur. Kena berulit segala.
* (29812) Bangun bf at 2.30 am.
* Masak Bubur Nasi sambil mendukung Cik Honey. Meragam dan merengek.
* Sebelah malam Honey …

PROJEK SAINS NUR

Image
Assalamualaikum...

29812

Ini adalah ucapan yang ditulis oleh Nur untuk projek sains di sekolahnya. Katanya cikgu akan merakam apa yang telah ditulisnya ini bersama ahli kumpulannya.

UPSR

Image
Assalamualaikum...

My anak bujang exam today. Good luck Adib!
Ummi tahu Adib boleh. Buat sehabis baik iye?
Debaran Ummi hanya akan berakhir setelah mengetahui keputusannya nanti. Ish! Seriau je Ummi dok fikir. Bimbangkan kamu Adib!
Terima kasih juga diucapkan kepada guru-guru Adib di Sek. Keb. Jalan Bahagia. Di atas usaha tidak jemu-jemu mendidik Adib juga pelajar yang lain. Jasa cikgu semua tidak terbalas. TERIMA KASIH!
Published with Blogger-droid v2.0.9

SAVE BABY TAQHIF

Image
Assalamualaikum...

Mohon share dan bantuan tuan puan yang budiman. Baby Taqhif merupakan bayi yang berusia 9 hari dan anak kepada my friend, Sariza Omar. Beliau memerlukan RM50K ASAP untuk membiayai operasi pembedahan kerana komplikasi jantung yang dialami oleh anaknya. Facebook beliau, Chik Eiza dan page Taqhif, Save Baby Taqhif.
Doakan Baby Taqhif sembuh dan dapat membesar dengan sihat. Pertolongan dan bantuan yang tuan puan berikan saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Saya tidak mendapat sebarang faedah di dalam perkara ini. Niat cuma membantu kawan sahaja. Hanya Allah yang bisa membalas jasa baik tuan puan sekalian.
Terima kasih.
Eiza & suami, bertabahlah. Be strong for Baby Taqhif. Ini ujian Allah kepada kalian berdua. Kita berusaha, berdoa dan bertawakal. Insya Allah, Allah akan menyelamatkan Baby Taqhif.