Sunday, July 10, 2022

Happy Birthday Baby Manis

Assalamualaikum, 

Hari ini baby Covid Ummi ni dah genap setahun. Begitu pantas masa berlalu ya? Baru rasa macam semalam sahaja Ummi melahirkan dia. Pejam celik pejam celik dah besar dah anak bongsu Ummi ni.

Anak Ummi first time demam sejak dilahirkan pada 10.7.2021 yang lalu. Baby Manis cuma kena flu sahaja sekali pada October last year. Syukur Alhamdulillah, demam pun dah kebah sejak petang tadi.

May you have many years of happiness, my sweet and beautiful daughter, and a life filled with nothing but love and joy.

Happy 1st birthday, my sweetheart!


Selamat Hari Raya Aidiladha 1443H

Assalamualaikum, 

Cik Wati ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha. Maaf zahir dan batin. Hari ini Cik Wati masak Nasi Minyak, Kari Kambing, Ayam Goreng Kunyit, Acar Timun dan Sambal Belacan. Resepi nak memasak ni Cik Wati tengok dekat Facebook. Cik Wati sertakan sekali cara-cara memasaknya ya? 

Resepi Nasi Minyak, Acar & Sambal Belacan oleh Tuan Muliadi Ramli. 

NASI MINYAK TERENGGANU :

1. Beras Basmathi (saya gunakakan Jasmin parboil) 6 cwan. Direndam 30 minit dan kemudian ditoskan air.
2. Utk tumisan:
-Rempah 4 sekawan
-bwg besar 1biji dimayang
- serai 2 batang diketuk
- daun pandan 2 helai disimpul
-minyak masak
- minyak sapi
3. Kismis atau biji gajus
4. Susu cair suku tin
5. Sos tomato 3 sb
6. Garam
7. Pewarna kuning telur 1 sudu teh
8. Halia 1 inci(diketuk)

Cara membuat:

Panaskan periuk elektrik..masuk minyak masak dan minyak sapi..tumis sampai naik baunya..masukkan semua bahan tumis..sampai wangi..masukkan beras yg ditoskan..gaul rata...masukkan air...klau beras jasmin parboil ni..yg telah direndam..sukatan air sama dgn sukatan beras..masuk halia..masukkan susu cair..sos tomato..garam dan pewarna kacau rata..bila dah masak nasi tu..masukkan biji kismis..kacau nasi tadi..biarkan lg 20 minit utk nasi masak dan kering sepenuhnya..siap

ACAR TIMUN :

1. Timun batang 2 biji
2. Lobak merah 1 biji
3. Bwg besar 1 biji
4. Lada besar 2 biji
5. Halia 1 inci ( hiris nipis)
6. Cuka
7. Garam
8. Gula

Cara membuatnya:
Timun dan lobak yg dipotong direndam dgn air kapur( bagi ranggup)..basuh  dan toskan..kemudian campurkan sekali dgn segala bahan di atas..gaul rata ..masukkan cuka..garam dan gula.siap.

SAMBAL BELACAN:

1. Cili besar merah 4 biji
2. Cili padi 20 biji
3. Belacan sebesar ibu jari(dibakar biar wangi)
4. Limau kasturi 1 biji dibuang biji
5. Garam
6.Gula
7. Pes Asam jawa 1/2 sudu
8. Limau nipis 1 biji
Cara membuatnya
Bahan 1 hingga 7 dikisar..air sedang2..jgn terlalu sedikit atau bnyak..kisar jgn  terlalu halus..kluarkan... perah limau nipis...rasa secukup rasa..siap

SELAMAT MENCUBA...😋😋


Resepi Kari Kambing by Puan Rani Ganga.

Kambing 1kg direbus sampai empuk dgn serbuk kunyit .halia n garlic yg ditumbuk dgn batu lesung..baru sedap..jgn malas pakai blender yek..😃😃.
Tumisan
Kayu manis 2
Bunga cengkih 5
Bunga lawang 2
Pelaga 5
Jintan manis 1sdb
Daun kari
Cili kering 10tangkai dipotong
Bawang 4labu dihiris mayang
Tomato ceri 15biji..

Tumiskan semua bahan diatas sampai layu n then masukan daging kambing da telah direbus n letak air 1cawan stok kambing...n masukan serbuk ketumbar 1sdb,serbuk cili kering 2sdb, dan serbuk kari ayam 3sdb....biar mendidih n kering sampai jadi pekat..n masukan garam n aji ..n daun ketumbar siap

Kredit Resepi : rani ganga

#dapurcikwati di Facebook ❤️❤️❤️




Happy Birthday Baby Manis

Assalamualaikum,  Hari ini baby Covid Ummi ni dah genap setahun. Begitu pantas masa berlalu ya? Baru rasa macam semalam sahaja Ummi melahirk...