Friday, January 26, 2018

Syafakallah Abang

اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ‎
Dear families and friends,

Syukur Alhamdulillah, setelah 3 bulan warded di Hospital Sungai Buloh, Abang Yusram sudah boleh discaj dari wad dan pulang ke rumahnya pada pukul 5.00 petang tadi.
Kondisi Abang masih sama seperti ketika berada di hospital. Tidak boleh bercakap mahupun bergerak. Harapannya semoga Abang sedar dan pulih kembali seperti sediakala. Keep praying for him guys. Ternyata itu yang Abang benar-benar perlukan kini. Terima kasih banyak-banyak di atas kiriman doa-doa kalian selama Abang terlantar sakit. Semoga Allah memberikan kesembuhan kepadanya. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan dalam proses penyembuhan Abang semula. Semua di atas izin-Nya juga. InshaAllah. InshaAllah.

  لاَّ إِلَـهَ إِلاَّ أَنتَ سُبْحَـنَكَ إِنِّى كُنتُ مِنَ الظَّـلِمِينَ
“…There are none worthy of worship besides You. Glorified are You. Surely I am from the wrongdoers.” (21:87)
***Pakteh, sorry banyak² tau. Makcik tak dapat nak jenguk Pakteh minggu ni. Anak² Makcik banyak homework & dah mula nak menghafaz Quran. Abang Adib nak ambil STAM tahun ni. Kakak Nur pula ada exam SMA. InshaAllah. Nanti Makcik curi² masa bila² nak ziarah Pakteh okay. I love you. Rindu sangat² doh ni tau? Tak dok aroh doh hati ni nok g jupo Pakteh gak. Kuat semangat okay? Semoga Pakteh cepat² sembuh. Syafakallah Pakteh 

Saturday, January 20, 2018

Wad Neurosurgeri 2, Hospital Sungai Buloh

Missing someone is not about how long it has been since you have seen them or the amount of time since you have talked. It is about that very moment when you are doing something and wishing they were there with you.

I wish I had a magic wand with which I can call you up from your sick bed; but I don’t, so I pray for you everyday to get well soon.

Syafakallah Abe 😘. I love you. Always. And forever.

Friday, January 12, 2018

Best Friend Forever

The strong bond of friendship is not always a balanced equation; friendship is not always about giving and taking in equal shares. Instead, friendship is grounded in a feeling that you know exactly who will be there for you when you need something, no matter what or when.

"A strong friendship doesn't need daily conversation or being together. As long as the relationship lives in the heart, true friends never part."

She's always there for me when I need her. She's my best friend. She's just my everything.

Ruzi catatkan di sini seingat Ruzi detik pertemuan kita sepanjang kita bersahabat selama ini.

1. Jumpa di Mid Valley Megamall. First time jumpa di sini. Ruzi sampai lewat. Kesian Emy anak-anak letih dok menunggu kami tiba dari Temerloh. (2003)

2. Port Dickson. Temankan our kids naik kereta mainan. Lepas tu kita dinner di Restotan Nasreen. (2004)

3. Pergi rumah Emy. Emy masakkan Mee Kari yang super delicious. (2005)

4. Restoran Terapung Ikan Bakar Umbai, Melaka. (2005)

5. Emy dan family datang ke rumah. Cik Wati jamu makan Nasi Tomato. (2006)

6. Tiara Beach Resort, Port Dickson. (2007)

7. Jumpa di Mid Valley Megamall. Masa nak shopping raya. Ruzi pergi hantarkan kuih raya. Masa tu Emy nak shopping kasut anak-anak. (2007)

8. McDonald's Mahkota Parade, Melaka. (2007)

9. Pergi ke rumah Emy. Birthday Party Erfan. (2008)

10. Emy datang ke rumah. Cik Wati masakkan Gulai Tempoyak Ikan Patin. (2008)

11. McDonald's Air Keroh, Melaka. (2008)

12. Semasa kami stay dekat Institut Latihan Fama Port Dickson, kami dijemput ke rumah Emy. Emy masak nasi minyak. Sedapnya lahai! Siap bungkuskan lagi untuk kami bawa balik. (2009)

13. Jumpa dekat Chorus Port Dickson. Masa ni kami stay here sebab Kakak Nur bertanding Action Song Peringkat Kebangsaan di Glory Beach Resort.

14. Emy datang dekat Institut Latihan Fama Port Dickson. Jumpa baby Honey. (2012)

15. Jumpa di Senawang before we're heading to Malacca. (2012)

Yang ini Ruzi lupa. Jumpa di Senawang 2012. Lepas tu jumpa di Avillion 2015. Macam banyak sangat gap kita tidak berjumpa.

16. Jumpa di Hotel Avillion Legacy Melaka, 2015

17. Kemunting Beach Resort, Pengkalan Balak,  2016

18. Pesta Buku 2016

Let's meet again emy😘. InshaAllah kalau ada ruang dan rezeki iya? Gambar-gambar wefie kami diambil pada 👇, 2015 dan 2016. 

1994 - 2018, 24 years and still counting. I love you my sweet heart. Thank you 😍

Tuesday, January 09, 2018

Syafakallah Abang

Semoga Allah sentiasa merahmati kalian berdua. Diberikan kekuatan diri dan dilindungi Allah selalu. Dengan semakin beratnya ujian yang DIA beri, semoganya kalian terus kekal beristiqamah kepada-Nya. Terus tabah dan sabar menghadapi dugaan yang bakal mendatang.

Harapannya, doa-doa kami selama ini untuk melihat Abang pulih kembali akan Allah makbulkan. Suatu hari nanti. Dengan izin-Nya jua. Inshallah. InshaAllah.

Keep on fighting Abe. Please pray for him guys. Thank you again for all the duas. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa baik kalian mendoakan Abang.

Apakah Hikmah Allah Datangkan Dugaan, Cubaan Dan Ujian

Rabiatul Adaweeyah
1 year ago

Setiap hamba Allah yang hidup di muka bumi pasti berhadapan dengan pelbagai dugaan dan rintangan. Ujian yang diturunkan oleh Allah pasti berbeza, tetapi atas sebab yang sama.

Di saat kesedihan dan hampa dalam menempuhi dugaan itu, sudah pasti kita hampir tewas dan tertanya dengan kesal, mengapa ujian berat itu diturunkan kepada kita? Bahkan mengapa ujian tersebut begitu berat sekali?

Sebagai hamba Allah yang lagi tidak berupaya, wajar diambil ujian itu dengan hikmah walau sesulit manapun ia.

Allah SWT mempunyai alasan tersendiri dalam merencanakan hal yang terbaik untuk setiap umatnya. Tidaklah Allah jadikan sesuatu kejadian itu dengan sia-sia tanpa apa-apa rahsia tersendiri, hatta hikmah sehelai daun buruk yang luruh dari pohon yang telah mati.

Kadang-kadang kita lupa, Allah sebenarnya rindu kepada rintihan hambanya yang mungkin sudah lama melupaiNya. Bahkan alpa untuk mengadu masalah dan tempat kita bergantung segala.

Keterangan Lanjut
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: ‘Kami telah beriman’, sedang mereka tidak diuji lagi?”

Al-Ankabut: 2

Sebenarnya, terdapat begitu banyak hikmah dan sebab Allah menurunkan ujian kepada hambanya, iaitu:

1- Sebagai Penguji Kesabaran

Allah ingin menguji dan mengukur sejauh mana ketabahan manusia. Sama ada tergolong dalam golongan sabar atau hambanya yang sering berputus asa. Sesungguhnya mereka yang lulus adalah yang sabar dan reda, bukan bersedih dan meratap.

Firman Allah;

“Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.”

Al-Baqarah: 155

2- Menguji Keimanan HambaNya

Allah SWT ingin mengetahui gerangan hambanya yang masih teguh akidah dan imannya melalui ujian yang diberikan. Sesiapa yang tidak mempunyai keimanan kuat pasti tidak berkesabaran tinggi, lalu mencari jalan penyelesaian lain yang menyimpang daripada ajaran Allah SWT, seperti mempercayai jin dan berbuat syirik.

Bagi golongan yang memiliki keimanan yang tinggi, sudah tentu akan menyerahkan semua keadaan dan penyelesaian kepada Allah. Bahkan bersedia dengan ujian mendatang.

Ada juga dalam kalangan manusia yang beriman tetapi masih tewas apabila berhadapan dengan ujian. Lalu ujian ini juga sebagai alat untuk menguji sejauh mana keimaan itu dapat bertahan, sama ada akan runtuh atau semakin bertambah. Jadi, berpeganglah pada prinsip ‘Allah menurunkan ujian kerana Dia sayang kepada hamba-hambanya’.

3- Dianugerahkan Ganjaran Dan Pahala

Dengan ujianlah Allah SWT akan melipatgandakan ganjaran pahala bagi orang yang sabar dan pasrah, selain diberikan martabat yang lebih tinggi. Contohnya, dihadiahkan dengan sedekah yang banyak dari seseorang selepas diberi ujian kemiskinan.

“Dari Saad bin Abi Waqqash dia berkata: Aku pernah bertanya, ‘Wahai Rasulullah! Siapakah orang yang paling berat cubaannya?’ Baginda menjawab: ‘Para nabi, kemudian orang-orang soleh, kemudian yang sesudah mereka secara berturut menurut tingkat kesolehannya. Seseorang akan diberi ujian sesuai dengan kadar agamanya. Bila dia kuat, akan ditambah cubaan baginya. Kalau dia lemah dalam agamanya, akan diringkankan cubaan baginya. Seorang mukmin akan tetap diberi cubaan, sampai dia berjalan di muka bumi ini tanpa dosa sedikitpun’.”

Hadis Riwayat al-Bukhari

4- Sebagai Cara Menghapuskan Dosa

Setiap hamba Allah pasti tidak dapat lari daripada berbuat keburukan dan dosa. Bagaimana caranya untuk mengurangkan atau menghapuskan dosa selain daripada bertaubat? Salah satunya adalah mengharungi ujian.

Bagi golongan yang menerima ujian dan sabar menghadapinya dengan penuh syukur dan reda, Allah akan menghapuskan kesalahannya dan mengangkat darjatnya.

5- Membuang Sikap Ujub Dan Takabbur

Sesetengah golongan yang tidak berhadapan dengan ujian berat Allah SWT selalunya menyangka bahawa mereka adalah golongan yang lebih beriman dan disayangi Allah.

Namun, ujian Allah bermaksud bahawa semua hambanya adalah sama disisiNya, yang akan menerima ujian dalam setiap langkah hidup mereka.

Jadi, golongan yang sombong ini menyangka mereka tidak diuji kerana keimanan dan kepatuhan mereka, padahal Allah sedang menyarankan kepada mereka untuk mendekatkan diri kepadaNya.

6- Didikan Allah SWT Kepada Hambanya

Allah turut mendidik hambaNya melalui ujian. Hal ini supaya seseorang hamba itu menjadi kuat dan tidak takut dengan sebarang dugaan yang menghalanginya kelak.

Contoh terbaik adalah, junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Sejak kecil, Baginda sudah diuji sebagai anak kecil yang kehilangan ibu-bapanya sehinggalah kepada perjalanan dakwah Baginda.

Ternyata didikan Allah SWT melalui ujian telah melahirkan sosok-sosok yang berkeperibadian tinggi dan sentiasa bersyukur dan gembira dengan ujian yang diturunkan kepadanya.

7- Peringatan Untuk Menghargai Kehidupan di Dunia Dan Akhirat

Ujian Allah juga diturunkan sebagai peringataan, antaranya untuk mengingatkan manusia bahawa ada kehidupan lain selepas kematian iaitu alam Akhirat yang menuntut semua amalan manusia semasa hidup.

Bagi golongan yang bersyukur pasti akan sedar kesilapan lalu dan lebih menghayati indahnya peluang yang diberikan kepadanya. Ini kerana ujian juga sebagai teguran dan bentuk kasih sayang dariNya.

Oleh itu, hal terpenting dalam mengharungi ujian adalah cara untuk menghadapi dan mengambil hikmah dari setiap kejadian yang datang itu. Jangan pernah ragu akan janji dan pertolongan Allah, Allahlah yang berkuasa membalikkan keadaan, Allahlah layak membuatkan hambanya tersenyum atau bersedih.

Jadi hayati dan laluilah setiap ujian itu dengan reda kerana setiap ketetapan yang dijadikan Allah adalah terbaik!

via https://tazkirah.net

Saturday, January 06, 2018

Wad Neurosurgeri 2, Hospital Sungai Buloh

On one hand, if I had you
And on the other, friends by the ton
I would pick only you dear brother
For you, are my special one
Your presence in my life
Equals that of a thousand friends
Because you are that person
For whom my love knows no ends
I love you.

Always and forever.

Wednesday, January 03, 2018

You're Still The One

"You're Still The One"

(When I first saw you, I saw love.
And the first time you touched me, I felt love.
And after all this time, you're still the one I love.)

Looks like we made it
Look how far we've come, my baby
We mighta took the long way
We knew we'd get there someday

They said, "I bet they'll never make it."
But just look at us holding on
We're still together, still going strong

(you're still the one)
You're still the one I run to
The one that I belong to
You're still the one I want for life
(you're still the one)
You're still the one that I love
The only one I dream of
You're still the one I kiss good night

Ain't nothing better
We beat the odds together
I'm glad we didn't listen
Look at what we would be missing

They said, "I bet they'll never make it."
But just look at us holding on
We're still together still going strong

(you're still the one)
You're still the one I run to
The one that I belong to
You're still the one I want for life
(you're still the one)
You're still the one that I love
The only one I dream of
You're still the one I kiss good night

You're still the one

(you're still the one)
You're still the one I run to
The one that I belong to
You're still the one I want for life
(you're still the one)
You're still the one that I love
The only one I dream of
You're still the one I kiss good night

I'm so glad we made it
Look how far we've come, my baby

Monday, January 01, 2018

Hello 2018

Write it on your heart that everyday is the best day of the year.

And now we welcome the new year, full of things that have never been.

Happy Birthday Baby Manis

Assalamualaikum,  Hari ini baby Covid Ummi ni dah genap setahun. Begitu pantas masa berlalu ya? Baru rasa macam semalam sahaja Ummi melahirk...