Friday, March 02, 2012

Happy Birthday Siti Juana!



Assalamualaikum...

Biar agak terlewat
Tetapi Wati masih rasa teruja
Mahu mengucapkan buat kamu
Sahabatku
"Selamat Hari Jadi"
"Happy Happy Birthday"
My sweet darling
Siti Juana Binti Saini
Tanpa iringan bersama
Kad ucapan atau
Hadiah atau
Panggilan telefon seperti kebiasaan
Tetapi satu yang pasti
Namamu terukir di hati
Terpahat kukuh
Rasa kasihku padamu
Tiada tarikh luput
Wati minta maaf
Cuma sekadar ucapan
Yang biasa begini
Buat meraikan hari ulangtahun kelahiranmu
Harap Juana mengerti
Keadaan diri ini
Sedang darurat & cuma bermukim
Di pondok sendiri
Wati doakan semoga umur Juana dipanjangkan
Rezeki Juana dimurah dipermudahkan
Bahagia dan juga selamat di dunia
Juga di Akhirat sana
Amin Ya Rabbal Alamin
Wati sayang Juana
Persahabatan yang disemai dijaga selama 20 tahun ini
Akan terus segar mekar mewangi
Di antara kita
Sebarisan ayat yang mudah
Kaulah sahabat yang paling aku sayang!

Wednesday, February 29, 2012

DEMI KAMU

*honey*



Honey
Demi kamu
Ummi sanggup menjadi gemuk
Menambah kg ke kg
Sehari ke sehari
Minggu bersilih minggu
Bulan bertemu bulan
Sehingga 9 bulan di dalam kandungan

Honey
Demi kamu
Ummi sanggup berhabis duit
(Eh! Duit Abah kamu sebetulnya! :-p)
Buat membeli itu dan ini
Juga memborong ini dan itu
Keperluan kamu sebagai seorang bayi
Semuanya serba baru duhai anakku

Honey
Demi kamu
Ummi sanggup menahan sakit
Yang bukannya hanya sedikit
Sepanjang menghamilimu
Sehingga detik kamu menjenguk dunia
Dan sesudah melahirkan kamu
Wahai zuriat ke tigaku

Honey
Demi kamu
Ummi sanggup bersengkang mata
Berjaga siang mahupun malam
Menjaga keperluan dirimu
Dari saat memandikan
Menukar lampin pakai buang
Memakaikan baju
Menyusukan kamu
Dan hampir untuk segala-galanya
Ummi sentiasa bersedia untuk itu
Fizikal atau pun mental
Bagi segala kemungkinan yang tiba

Honey
Demi kamu
Ummi sanggup menahan diri
Berpantang makan itu dan ini
Aduh!
Dugaan ini yang paling mencabar
Ummi sungguhlah tidak sabar!
kuikuikui

Honey
Demi kamu
Ummi sanggup berbuat apa sahaja
Asalkan kamu sihat membesar
Honey anak Ummi sayang!

Dan juga demi kamu juga
Adib & Nur

Demi kamu semua
Anak-anak Ummi
Demi kamu!

* Adib & Nur *

Tuesday, February 28, 2012

ZAHIRIL ADZIM



Assalamualaikum...

Mr. Hubby balik dari opis tadi
Belikan me majalah-majalah ni
Majalah yang wajib dibeli setiap bulan
Cuma yang masih belum ada ialah
Majalah Jelita

Senaskhah demi senaskhah (betul ke spelling "senaskhah" ni ye :-p?)
Diselak dibelek
Dibaca sepintas lalu
Mata tertancap dalam Majalah Intrend
Di dalam ruangan
Blogger pilihan Intrend
Si Hanis Zalikha saja yang aku dok follow sebelum ni
"Hamis Jalikha" yang comel vogue tu!
Dan very friendly juga tau!
Sebab dah pernah jumpa hokey?!

Dan nah!
Ada si dia!
Aktor Zahiril Adzim!
Pujian nampak melangit untuknya
Melambangkan ada "something" yang menarik sungguh!
Pantas ku capai BB Torchku
Menaip ke blognya
http:zahiriladzim.blogspot.com

Wah!
Baru seminit dua membaca
Aku tersenyum simpul doh!
Gaya tulisannya bagai ada "sesuatu"

Korang nak tahu best ke tidak?
Pegilah baca blog dia!
Iye, cepatan dong!
Sekarang! Now!

Aku suka dia
Lakonannya hidup
Tampak jujur dan suci
Juvana
Parit Jawa
(Sekadar menyebut sebahagian daripada drama lakonannya)
Kan?!

Semoga terus success Zahiril Adzim!
Terbaeklah!

** terasa lebih rajin & addicted nak berblog selepas melihat blog-blog pilihan di dalam majalah Intrend. terinspirasi oleh kamu kamu kamu! **

MY BEST FRIENDS

Assalamualaikum...

270212

Petang semalam, my best friend, Reena datang ke rumah melawat T & Honey. Dia bawakan kain selimut ni buat baby. Siap berjahit nama "HONEY" lagi! Kakak Nur dah siap cop nak kain selimut warna pink tu. Sebok je Kak Ngah ni ye Honey?



Me, Kak Yah (my best friend jugak) & Reena semasa opening spanya di premis baru bulan 12 tahun sudah.

Thanks again Na!



280212

Kak Anis (my best friend too) datang singgah di rumah tadi. Dok pegang gomol Honey tapi itu budak terus lelap tak khabar apa. Maklumlah baru lepas mandi & bf. Memang lena sangatlah dia! Sampai Mama Anis dia balik pun, dia masih ketiduran. Tq Kak Anis datang rumah T tadi ye!



My friends,
Sayang kamulah banyak-banyak!

Monday, February 27, 2012

ABAH



Assalamualaikum...

Abah dah discharge tadi. Hubby g ambik @Hoshas. Alhamdulillah. Tapi badan Abah masih lemah. Kelihatan Abah dok makan nasi dengan Nur.

HONEY: 1 BULAN



Apa yang Honey boleh buat dalam usia sehari menjangkau ke satu bulan?

* tak mahu teruskan bf kalau my breast berbau. Kalau tidak dia beraksi seperti mahu muntah. Hal ini terjadi masa T susukan dia di hospital sesudah melahirkannya. Masa tu badan Ummi berpeluh, berbau busuk. Pembersih betul kamu ni ye Honey?;
* tidak suka dibedung;
* tali pusat tercabut pada hari ke 9;
* tersenyum kala diagah orang,
* lepas bf, tak mahu terus diletak, nak duduk beriba dahulu;
* me tak boleh hilang dari pandangan matanya, mahu Ummi sentiasa di sisinya;
* setiap malam bangun bf 3 kali sahaja. Selang 2 jam sekali;
* purata tukar diaper 6 kali sehari;
* lately mahu tidur beriba. Then baru boleh letak atas tilam;
* kuat bf tau anak Ummi ni!;
* mulut ternganga tanda tidurnya yang amat lena;
* lately dah pandai menangis kalau Ummi lambat ambik dia;
* kuat mengerang. Orang tua-tua cakap "tengah mengeras daging";
* bersunat hari ke 30. Alhamdulillah;
* mula-mula nak tidur kena bertepuk peha. Dia nak ada orang temankan dia masa dia tidur;
* lahir 2.57kg. Hari yang ke 11, 3kg. Hari ke 19, 3.1kg;
* nampak pipi dah tembam. Dagu dah ada 2. Ummi suka nak tengok Honey chubby!;
* tatkala dimandikan diam sahaja. Tak berbunyi langsung as long air mandian tu suam. Pernah sekali mandikan dia dengan air sejuk, menangis dia!;
* hisap ibu jari sendiri kalau Ummi lambat bfkan dia. So cute!;
* muntah @ jeluak kalau lepas bf tak sendawakan dia;
* dah mahu berdiri hari yang ke 15;
* mulut dia tak berhenti "membebel" tatkala menyusu kalau bagi bf lambat padanya;
* duduk diam saja kalau dok tungku badan dia;
* suka tidur di dalam gelap;
* masa bf tak boleh bising. Kena diam-diam. Kalau tidak Honey "membebel" tak sudah-sudah;
* main dengan uri kot. Kadang tersenyum sampai tahap nak gelak & kadang sebak nak menangis juga;
* mak mertua bilang, muka Honey ni sentimental. Hehe...;
* semakin hari, semakin meragam. Nak beralih bulan kot?



Ummi sayang Honey banyak-banyak! Tak sabar nak tengok tubuh dia berisi. Gemok!

Sunday, February 26, 2012

BERPANTANG IV

Assalamualaikum...

200212

Hari ni Kak Long masakkan Ikan Selar Goreng & Sayur Sawi Tumis Air. Alhamdulillah.



210212

Hari ni Kak Long masakkan Singgang Ikan Kembung & ada ulam Daun Pegaga. Alhamdulillah.



220212

Hari ni T dah larat memasak. Dah mula masak sendiri. Dah bagitahu Kak Long tak perlu dia masak for me lagi. Tapi yang mudah begini sajaLah. Main potong, hiris & campak style! Coz tak boleh berenggang dengan Honey. Dia nak Ummi dia lepak duduk sebelah dia saja. Kalau tak dia jerit "uwa,uwa"! Hehe...

Ayam Goreng & Ikan Selar Rebus. Very d simple one! Alhamdulillah.



230212

Hari ni T masak Ikan Selar Stim, Ayam Goreng & Sayur Sawi Tumis Air. Alhamdulillah.



240212

Hari ni T masak Ikan Tenggiri Stim. Alhamdulillah.



250212

Hari ni T masak Ikan Selar Rebus sahaja. Alhamdulillah.



260212

Hari ni T masak Kari Ayam Diet & Sayur Sawi Tumis Air. Alhamdulillah.

REZEKI

Assalamualaikum...

Tadi kawan Mr. Hubby datang ke rumah. Isteri dia berikan ini. Kuih Tat & Kuih Donut. Anak-anak makan dok puji kata sedap-sedap! Alhamdulillah. Terima Kasih!