Showing posts with label KEK BATIK. Show all posts
Showing posts with label KEK BATIK. Show all posts

Wednesday, July 27, 2016

Kek Batik

Assalamualaikum,

Hari ni kita buat Kek Batik lagi. My kids nak bawak g jamuan kat sekolah esok. Sebelum ni buat masa ajak kawan² my kids datang beraya di rumah.

Senang saja nak buat Kek Batik. My sil yang ajarkan. Memula panaskan butter. Guna setengah saja butter untuk sebungkus biskut Marie tu. Pastu masukkan susu tin. Ukuran untuk sebungkus biskut Marie gunakan setengah saja susu pekat manis tu ye? Milo kita guna habis satu paket plastik tu. Pastu masukkan biskut Marie yang kita dah patah-patahkan. Guna api slow aje ok? Kalau nak buat dalam kuantiti yang banyak, tambah-tambahkan sukatan butter, susu pekat manis dan Milo ye?

Hopefully resepi ni cukup membantu kalian yang mahu mencuba buat Kek Batik. Dah siap masak semua, letak dalam bekas simpanan makanan dan masukkan dalam peti ais.

Esok pas subuh kita potong kecik² Kek Batik tu. Hopefully kawan² my kids will love it macam yang I dah buat before.

Hiks!😋

Happy Birthday Baby Manis

Assalamualaikum,  Hari ini baby Covid Ummi ni dah genap setahun. Begitu pantas masa berlalu ya? Baru rasa macam semalam sahaja Ummi melahirk...