Tuesday, August 28, 2018

Syafakallah Abang


Abe,
Agak-agak bila dah puas rehat, tidur baring macam ni,
Abe bangunlah deh?

Lama dah ni tak dengar suara Abe,
Tawa dan gelak Abe yang kuat menyakat orang tu dengan pelbagai usikan jenaka ciptaan Abe. Sungguh, ini rindu. Yang teramat sekali.

Agak-agak nak rasa adik Abe ni masak Gulai Tempoyak Ikan Patin, Ikan Tilapia Goreng garing-garing camtu, Sambal Tempoyak, French Toast ke, bangun ajelah deh? Anytime aje Makcik boleh masakkan untuk Abe. Jamu Abe makan sedap-sedap. Bawak Abe pergi jalan-jalan makan angin tidur hotel pulak ke? Jalan-jalan dekat pantai which is menjadi salah satu kegemaran Abe itu. Macam dulu-dulu. Kan? Why not? Come to me. Let me love you. Let's, kita cipta memori yang baru.

Kami setia menunggu. Semoga Abe sihat walafiat seperti waktu dahulu. Tak putus doa untukmu sebegitu. Selalu dan tanpa jemu. Sesungguhnya rasa rindu ini kian tumbuh menggebu. Kami nanti biar pun di dalam sendu. Semoganya nanti Allah berikan restu. Kita bertemu di penghujung rindu.

Syafakallah buah hati. I love you. Always.

Sanah Helwah Brother



Brother, don’t think too much about the past or where you are, because I believe you are destined to be great. On your birthday, I hope you reflect and understand that you are at a turning point in your life.

Sanah Helwah Brother. Syafakallah 🖤

Friday, August 24, 2018

Syafakallah Abang


I love you for all that you are, all that you have been, and all you're yet to be.

Inside and out, you're perfect to me. Syafakallah Abang. I love you. Yes you. Always and forever 🖤


Wednesday, August 22, 2018

Selamat Hari Raya Aidiladha

Salam Aidiladha 1439H. Kami tak balik kampung. Beraya di rumah sendiri sahaja. Cik Wati masak Nasi Himpit, Kuah Kacang & Nasi Tomato.

Meh Cik Wati belanja beberapa keping gambar eh? 😘

Selamat Hari Raya! 🌸






Saturday, August 11, 2018

Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2017

Congratulations once again anak-anak Ummi! Dapat hadiah di Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar untuk tahun 2017 pada Mesyuarat Agung PIBG hari ini. Abang Adib untuk SPM dan Kakak Nur untuk PT3. Ummi wakilkan Abang Adib naik ke atas pentas untuk mengambil hadiah dan sijil penghargaan tadi. Tuan Pengetua dan YDP PIBG bertanyakan ke mana dah anak bujang Puan tu pergi tak dapat hadir hari ini? Kemudian sempat lagi tu bertanya, tadi anak perempuan Puan naik pentas ambil hadiah, kan? "🤭 Terima kasih duhai anak-anak. Gembirakan hati kami, Abah dan Ummi 🌸 Kami tumpang saat-saat bahagia sebegini.

All the best Kakak Nur untuk Sijil Menengah Agama akan datang. Ummi doakan semoga Kakak Nur mendapat pangkat Mumtaz Sufi atau sekurang-kurangnya pangkat Mumtaz seperti Abang Adib sebelum ini. Boleh sambung pengajian ke Tingkatan 6 untuk mengambil Sijil Tinggi Menengah Agama (STAM) pula. Minggu ini Kakak Nur menghadapi peperiksaan percubaan SMA sehingga next Monday. Keputusan P2 - Peperiksaan Pertengahan Tahun yang lepas, Alhamdulillah, dapat 14A daripada 20 mata pelajaran. Menduduki tempat ke 3 daripada 32 orang pelajar di dalam kelas. Kedudukan di dalam Tingkatan 4 pula ialah nombor 4 daripada keseluruhan 186 orang pelajar. Thank you so much Kakak Nur! Proud of you sayang 💕

May the success that has come your way today lead you to a bigger achievement in the years to come.  Congratulations kiddos! 💐 Semoga terus berjaya anak-anak Ummi. Di dunia juga tak lupa di Akhirat sana.

Thursday, August 02, 2018

Jangan Benci Cintaku

Kebelakangan ini, di timeline Facebook, Instagram dan Twitter
penuh berkecamuk dengan emosi yang membuak-buak berbicara tentang sosok manusia yang bernama Shah, Husna & Nek Pah. Jahat sangat mereka tu iya? Kita tanya sebab kita tak tengok pun. Tapi timeline penuh duduk mention nama mereka. Setiap hari. Setiap masa. Agaknya serupa Ummi yang koyak jiwanya tatkala usai menonton drama atau pun movie Korea.

Air mata yang keluar mengalir mendorong si kecil Honey datang menepuk bahu Umminya sambil membawa tisu seraya petah mulutnya berkata;
"Ummi janganlah sedih. Jangan menangis. Diaorang tu berlakon saja. Bukan betul-betul. Bukan mati betul-betul pun. Laplah air mata tu!"

Ummi terpaku. Diam membatu. Tertunduk malu. Tersipu-sipu dengan teguran daripada anak sekecil itu臘‍♀️臘‍♀️臘‍♀️

Salam Aidiladha 1440H

On Eid Al-Adha, wishing that your sacrifices are appreciated and your prayers are answered by the Almighty. Have a blessed Eid Al-Adha!...