اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ
Dear families and friends,
Abang telah dipindahkan ke Wad Neurosurgeri 1 (7B). Pengsan pada pukul 2.00 pagi tadi. Abang mula tidak sihat sejak Maghrib semalam. Sakit di bahagian kepala dan pinggang. Sekarang bernafas melalui intubator kerana masalah pernafasan. Abang dikomakan dan baru selesai discan.
Mohon doa semua.
Terima kasih.
*update 6.47am
abang akan menjalani pembedahan pada hari ini untuk membuang darah yang telah pun merebak ke dalam cairan otak. Pembedahan akan mengambil masa selama 1 jam nanti. Insya Allah jika tiada sebarang komplikasi.
*update 9.49am
Abang sedang menunggu giliran untuk dibedah kerana ada pesakit lain di dalam operation theatre. Kepala abang akan didrill untuk memasukkan tiub supaya boleh disambungkan kepada machine untuk menyedut darah yang ada di dalam saluran darah yang telah berlaku blockage. Sebelum pengsan tadi, doktor memberitahu, beliau mendengar abang mengaji Al-Quran. Semasa di dalam proses untuk membuatkan abang koma, kami membaca ayat² suci Al-Quran, membisik kata-kata semangat di telinganya, air mata abang mengalir keluar. Tangannya cuba untuk menggapai. Mulutnya bagai mahu berkata-kata. Abang mendengar barangkali. 3 bekas morphine atau ubat tidur digunakan untuk membuat abang koma. Itu pun setelah kakak ipar menasihati abang supaya jangan melawan. Abang jangan melawan iya? Doktor nak suruh abang tidur supaya abang tidak fikir yang bukan-bukan.
Allah saja yang tahu perasaan kami detik jam 3 pagi tadi. Allahu. Lemah rasa dibuatnya. Air mata laju mengalir keluar namun cepat-cepat sedarkan diri. Jangan lemah di hadapan abang. Kami perlu kuatkan diri untuk melihat abang pulih kembali.
Untuk pengetahuan kalian, Wad Neurosurgeri 1 ini merupakan semi ICU. Cuma 2 orang pelawat sahaja dibenarkan masuk dalam satu-satu masa.
Melalui kakak ipar, sepanjang ditahan hospital, abang meminta nombor telefon sahabat-sahabat lamanya. Bukan mahu menyusahkan mereka untuk datang melawat abang. Tetapi untuk meminta maaf kepada mereka. Allahu.
Mohon doa semua iya? doakan abang wati sedar dan sembuh kembali. Terima kasih.
No comments:
Post a Comment