Monday, June 13, 2011
AKU HAMIL
Assalamualaikum…
Aku hamil lagi. Setelah hampir 9 tahun tidak mengandung, aku akan menempuhinya lagi saat-saat itu. Dua tiga hari ni aku rasa tak sedap badan. Teringat masa di Gambang Water Park last week, aku ada merasa lawyer, eh loya-loya tapi aku ingatkan aku tertelan air di dalam kolam tu aje. Siap naik 6 Lane Racer tu lagi tau! Kecut perut aku bila memikirkannya! Dan pulak melalui trip yang jauh iaitu ke Pulau Pinang juga pulang ke Kelantan. Tiba masa nak sujud ketika bersolat, aku merasa sakit kepala yang amat. Dan terasa sekali loya-loya tu, tapi sehingga ke hari ini aku tak muntah-muntah lagi. Adib pulak bagi pihak aku yang berbuat demikian. Anak bujang aku ni pulak dok sakit. Batuk, demam dan muntah tadi. Rupanya dia ada tonsil. Merah. Tadi dah berjumpa dengan doktor dan ambil jugak MC untuknya untuk diberikan kepada cikgunya esok. Berbalik kepada aku, tadi aku berjumpa Dr. Fatimah di Klinik Rawatan Keluarga di Temerloh. Apabila Doktor bertanya bila first day last period, pantas ku menjawab pada 250411 yang lepas. Memang T akan update di dalam kalender tarikh penting sebegini. Doktor bertanya samadah mahu scan atau tidak? Aku tunjukkan result yang aku buat test semalam dan dia cakap dia akan buat scan. Doktor scan perut aku dan ternyata ada “sesuatu” di dalam kantung itu. Menangis aku tatkala menatap spot putih itu yang berada di dalam kantung. Kandunganku berada di dalam rahim dan berusia 7 minggu. Doktor tak dapat nak buat ukuran sebab baby masih kecil lagi. Due datenya pula Insya Allah pada 020212. Em, anak pertama aku lahirkan semasa aku berumur 21 tahun, anak ke dua semasa aku berumur 23 tahun dan anak ke tiga ini, aku akan bersalin pada usia 33 tahun. Insya Allah. Mr. Darling Hubby happy tak sudah. Semalam dok nasihat aku macam-macam. Itu ini dok berceloteh bila aku nyatakan kebimbangan jika mengandung lagi. Sebab aku takut nak melalui proses kehamilan dan kelahiran itu. Sebab dah pernah merasa sakit bersalin samada dibedah atau pun bersalin secara normal. Mak TAKUT! Sungguh aku takut! Dia banyak bagi sokongan kepadaku. Itu sebenarnya yang mahu aku dengar. Sokongan dia. Esok dia nak bawa aku buat kad di Poliklinik Songsang. Aku nak pergi buat kad sebelah petang tadi tetapi bila dia dah cakap dia nak temankan aku esok, jadi esok baru aku pergi buat kad Mengandung. Ya Allah, permudahkanlah proses kehamilan aku kali ini. Dua kehamilan terdahulu tak adalah masalah sangat cuma ketika melahirkan Adib, aku dibedah kerana kedudukan baby yang songsang. Tak ada penyakit Kencing Manis atau Darah Tinggi. Dah lama tak mengandung ni. Mungkin pengalaman mengandung kali ke tiga ini berlainan pula. Siapa tahukan? Kena asah skill semulalah ni. Kena baca balik majalah-majalah PA & MA yang tak culas aku beli sejak keluaran pertama tu lagi sebagai rujukan selama aku mengandung ni. Korang pun, nasihatkanlah aku. Bagi aku tips dan sokongan. Dah lupa macam mana nak mengharungi saat-saat mengandung ni. Terima Kasih.
Love, Love, Love You!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Happy Birthday Baby Manis
Assalamualaikum, Hari ini baby Covid Ummi ni dah genap setahun. Begitu pantas masa berlalu ya? Baru rasa macam semalam sahaja Ummi melahirk...
-
Assalamualaikum... I batuk teruk. Dekat sebulan flu & batuk. Puncanya terkena air hujan sewaktu keluar rumah. Sudah sekian lama men...
-
Assalamualaikum... 15.4.2014 Kami keluar dinner di Teratak Tomyam. Restoran ini sudah lama dibuka. Tetapi ini merupakan kali pertama kami ...
-
اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ Dear families and friends, Abang telah dipindahkan ke Wad Neurosurgeri 1 (7B). Pengsa...
7 comments:
Alhamdulillah,n thniah kak t..
alhamdulillah... tahniah dari akak.. seronoklah abang adib & nur nak dpt adik kan? abahnya lagilah seronok kan kan kan? ahhaaa.. akak tau kenapa T loya..... mesti lawyer punya pasal kan? kekekekek... gurau2 je T.. jangan marah yer.. akak tergelak bila T tulis 'lawyer' tu.. hehehe.. apa2pun.. jaga kesihatan & pemakanan... moga semuanya okay..
alhmadulillah...tahniah kak t.. tumpang gembira dengan berita kehamilan kak t... :D take care jge kesihatan..
tahniah tau kak.take care tuhh
Tahniah Ti..
Insyaallah semuanya akan ok..
tahniah..take care
kami ada menjual pregnancy pillow.. www.pregnancypillow.com.my atau www.facebook.com/rnhcollection atau www.momsnbabies.com.my
Post a Comment