Tuesday, April 29, 2014

Teratak Tomyam, Temerloh

Assalamualaikum...

15.4.2014

Kami keluar dinner di Teratak Tomyam. Restoran ini sudah lama dibuka. Tetapi ini merupakan kali pertama kami singgah makan. Restoran ini terletak berhadapan dengan bangunan yang baru dibina di jirat cina di Temerloh ini. Kami dinner bersama adik lelaki I, Eidi.

Kami order Ikan Siakap Stim Limau, Sup Ayam, Daging Masak Merah, Ayam Paprik, Puyuh Masak Pedas, Telur Dadar, Sambal Belacan, Timun dan Nasi Goreng Cina for Honey. Air pula Teh 'O' Limau Suam (2 gelas), Nescafe, Apple Jus, Teh Ais dan Air Kosong.

Rasa makanan boleh tahan. Sedap juga kesemuanya. Sampai tak habis pun makan. Kenyang sangat dah!

Masa makan kami agak terganggu. Kecoh aje 2-3 orang mamat tu dok bersorak coz depa tengah tengok bola. Gempak-gempita restoran dibuatnya. Haru sungguh. Kami dok bantai gelakkan mereka. Adoi! Fanatic sungguh!

No comments: