Saturday, May 31, 2014

Pekan Sehari, Temerloh

Assalamualaikum...

25.5.2014

Kami ke Pekan Sehari, Temerloh. Sesudah breakfast di Gerai Makan Mek, (I makan 2 ketul Ayam Bakar), kami pun berjalan-jalan ke Pekan Sehari.

Cari lauk-pauk untuk dibawa pulang ke rumah my mom di Kuala Krau. (My mom datang ke rumah dan tidur untuk beberapa malam). Dari situ, kami terus balik ke sana. Balik kampung yeay!

Sampai di kampung, singgah di kedai terlebih dahulu. Cari barang sikit. I suka sangat keadaan yang tidak berubah sama seperti I masih kecil dahulu. Vintage. I suka sangat tengok bangunan-bangunan lama begini.

Sesampai di rumah, terus bersilat masuk dapur. Hihi bersilatlah sangat! My mom yang masak semua pun. I goreng Sayur Sawi Tumis Air dan menggoreng ikan sahaja.

Ada cerita masa lunch ni. Honey makan nasi main-main. I curik makan nasi Honey tu. Wei! Sedapnyer make nasi dengan Singgang Ikan Lemudok, Ikan Tenggiri Masin Jeruk, Ikan  Goreng, Sawi Tumis Air dan the one and only,  BUDU.

MEMANG TAK MENYESAL I MAKAN! Sedapnya sehingga menjilat jari.

Dalam perjalanan pulang ke rumah, kami singgah beli Ikan Patin dan Ikan Tilapia. Malangnya Ikan Tilapia sudah kehabisan. Beli Ikan Patin sahaja sebanyak 3 ekor. 

Jadilah dari tiada langsung! 

No comments: