اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ
Dear families and friends,
Cik Wati mohon doa semua ya. Minta doakan abang Cik Wati, Yusram Yusof pulih semula seperti biasa. Selepas pemeriksaan MRI tadi, doktor maklumkan ada bengkak di saluran darah kepalanya. Jika, setelah diberi ubat untuk susutkan bengkak tidak juga berhasil, abang akan dibedah. Kesan daripada bengkak tersebut, mata abang di sebelah kanan telah tertutup. Mata sebelah kiri pula redup memandang kami adik-beradik dan mak yang datang melawat. Senyuman tak lekang dari bibir abang pun. Namun kadang-kala air matanya keluar juga membasahi pipi.
Abang kelihatan sangat-sangat lemah kerana tidak punya selera untuk makan. Semalam cuma makan sekeping roti dan hari ini abang kena berpuasa. Cik Wati tak mampu nak buat apa-apa pun selain daripada menangis. Sambil tunduk duduk di tepi katil memegang tangan abang yang sejuk membeku tadi. Abang membalas dengan menggenggam tangan adiknya seerat yang mungkin.
Cik Wati tanya, "sakit ke Abe?" Abang mengangguk. Lemah. Cik Wati pesan supaya abang kuat. "Abang fight rasa sakit tu okay? Insya Allah abang sembuh kembali. Allah sayangkan abang. Sebab tu Allah uji abang macam ni sekali. Ingat dekat Allah. Jangan lupa Allah." Cik Wati cuba beri nasihat biar pun berjuraian air mata ni keluar. Mata dah merah dan bengkak.
Abang jawab, "abang redha".
Allahu.
Doakan ya? Semoga dipermudahkan segala urusan abang selama warded di hospital ini. Semoga abang cepat-cepat sembuh. Kakak ipar yang menjaga abang selama warded di hospital ini. Ayah mertua abang baru saja meninggal dunia kerana sakit kanser pada 8.10.2017. Abang dan kakak ipar yang menjaga arwah selama 2 tahun ini di rumahnya. Secara bergilir-gilir juga dengan adik-beradik yang lain.
Terima kasih banyak-banyak. Di atas kiriman doa-doa kalian. Allah saja yang dapat membalas budi baik kalian nanti.
No comments:
Post a Comment