Skip to main content

Havana Cik Wati

Selalunya Cik Wati lah yang berbaring dengan Mr. Hubby atas tilam tu sesambil menonton television. Atau duduk bersembang dengannya. Havana dah pandai nak take over pulak dah ha! Mula-mula dia duduk di tepi pintu. Lepas tu injak masuk sikit melepak duduk di tepi tilam. Eh! Bila Mr. Hubby biarkan, naik lemak dia ye naik duduk atas tilam pulak dah. Siap selpie dengan Mr. Hubby lagi. Dia hantar WhatsApp to me sebab kami semua duduk di tingkat atas dah malam tadi. Nak dekat pukul 11.00 malam camtu. Tak boleh biar lagu ni. Tak boleh jadi ni 😅. Bila Abang Adib nak pegang kepala dia, dia mengiau-ngiau sambil menepis tangan. Nak mencakar. Nak menggigit tangan Abang Adib. Buat muka seposen dia dekat kami. Buat derk aje camtu. Lagilah mengada-ngada bila Mr. Hubby dok belai² dia. Makinlah dia duduk menempel manja. Diam-diam ada hati nak caras Cik Wati iya?🙄 Berani awak eh?

Tak tahu bila dia nak bersalin tu. Perutnya sudah semakin membesar. Sendat dan ketat molek doh.  Comel aje tengok dia gemuk camtu😅. Kalau berjalan, terkedek-kedek aje dia😂. Ikan Sardine atau Ikan Selayang sebanyak 6 ekor wajib dah tu setiap hari. Atau pun kami beri makan Ayam Goreng. Campur dengan nasi siap Cik Wati asingkan isi dan tulang lagi. Takut Havana tercekik pulak. Kesian kalau dia tercekik tulang gak.

Pantang orang buka pintu terus aje berlari masuk ke dalam rumah. Dah pandai naik tangga ke tingkat atas jugak. Duduk melepak dalam bilik Kakak Nur. Setiap kali Abang Adib nak bawa dia keluar rumah, terus dia baringkan badan di atas lantai. Buat beratkan badan bila orang angkat. Kalau pimpin bawa dia keluar rumah, kaki pun dia tak mahu angkat😂  So far tak pernah "kena kencing" dengannya lagi. Even "membuang" merata ceruk rumah. Tapi bau hadapan garaj rumah dah berbau badan dialah semata😒🙄.

Pejam celik dah dekat 2 bulan dah Havana bertunggu-tangga dekat rumah kami. Sejak pertama kali dia datang pada 22.12.2017 yang lepas. Kalau kucing dah nak bersalinkan, cemana eh tanda-tanda yang dia bagi? Cik Wati nervous ni😬

Comments

Popular posts from this blog

Riverside 3rd Point Beach Motel, Cherating

Klana Beach Resort, Port Dickson

Assalamualaikum...
15.9.2014
Kami tiba di Klana Beach Resort, Port Dickson pada pukul 2.00 petang. Very Islamic resort tau uols! Bacaan ayat Al-Quraan diperdengarkan di ruang lobi. First time kami datang ke sini. Terletak di atas bukit dan jalan masuknya berdekatan Ancasa All Suites Resort & Spa. Kalau nak ke Ancasa tu kita ambik jalan kanan, tapi kalau nak ke Klana Beach Resort, kita ambil jalan ke kiri. Masuk ke dalam sikit dan ambil jalan kanan. Menghadap ke arah pantai.
Masuk ke dalam bilik, berehat, mandi dan bersolat jamak Zohor dan Asar. Jam 5.00 petang, kami turun untuk mandi di kolam renang dan seterusnya turun ke pantai.
Cuaca panas terik. Sangat! Dalam pukul 6.40 petang gitu, barulah cuaca bertukar redup dan semakin menggelap. View sangat cantik seperti gambar-gambar yang I paparkan ini. So breathtaking views.
Cubalah datang sendiri dan alamilah pengalaman seperti kami. Klana Beach Resort, Port Dickson pasti menjadi pilihan kami lagi selain Eagle Ranch Resort. Cuma y…

The Taaras Beach Resort & Spa, Pulau Redang

Assalamualaikum...
Day 3 at Pulau Redang
16.3.2015
Bangun bersolat Subuh dan kemudiannya keluar berjalan kaki ke lobi untuk bersarapan di cafe hotel. Segar terasa menghirup udara di sini. After makan-makan yang best super sedap delicious,  ha gitu! dan ditemani ketua chef yang sangat friendly di sini, (beliau yang suggest supaya pergi buat jungle trekking semalam), kami berjalan-jalan di sekitar resort untuk mengambil gambar buat terakhir kali. Eh! Hopefully, boley datang ke sini lagi one fine day. Hihihi...
Ha, ni baru ada gambar pool yang jelas berbanding entry semalam. Seronok je melayan bebudak ni dok bermandi-manda. Orang tak ramai so apa lagi? Ini kolam kami yang punyalah!
Masuk ke bilik, berkemas kain baju (actually tak nak balik lagi, haha!), kami pun ke lobi dengan menaiki buggy. Selepas urusan daftar keluar selesai, kami dihantar ke jeti dengan menaiki sebuah van. Tiba di jeti, kami singgah untuk lunch di sebuah kedai makan. Kedai "Orang Kelantan". Paper Kosmo suk…