Saturday, March 31, 2018

Syafakallah Abang

Inside and out, you're perfect to me.

I love you for all that you are, all that you have been, and all you're yet to be. I love you Abe. Always💕

Friday, March 16, 2018

SPM 2017

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Abe,

This is a special gift for you.

Sedang Adib gigih duduk bergelut menghadapi kertas-kertas peperiksaan SPM di dalam dewan sekolah, Abe pula tidak kurang ujiannya juga. Terbaring kaku berjuang dan bertarung nyawa di dalam bilik ICU, Hospital Sungai Buloh, Selangor.

Kebiasaannya apabila anak-anak Wati menduduki peperiksaan, Abe akan bersolat hajat dan mendoakan kejayaan mereka. Selepas tu apabila sudah mendapat tahu keputusannya pula, Abe akan menyebut, Hebat Muhammad Adib! Hebat Nur Nisriina! Hebat anak-anak Pak Teh ni! Agaknyalah kali ini pun, Abe turut mendoakan Adib juga iya Abe? Terima kasih Abe!

Adib & his debate's team akan menyertai pertandingan di Peringkat Pusat, Majlis Sukan Dan Ilmiah Sekolah Agama Pahang (Masisupa Zon 3) kali ke 34, 2018 di Kuala Lipis pada hari esok, 17.3.2018 sehingga 20.3.2018. Abe doakan Adib kali ini juga iya? Kali ini Adib mewakili Debat Terbuka Tinggi (Bahasa Inggeris). Pada tahun lepas, Adib & his debate's team menjuarai kategori ini di Kulliah Al-Lughah, Waddin As-Sultan Abu Bakar, Pekan bagi Debat Terbuka Menengah (Bahasa Inggeris).

Terima kasih banyak-banyak di atas kiriman ucapan tahniah daripada kalian. Adib sampaikan salam hormat buat semua yang sudi mendoakan kejayaannya. Baik sungguh hati budi kalian. Buat yang telah menelefon, menghantar mesej di WhatsApp, di Instagram, juga di Facebook. Cik Wati amat menghargainya sekali. Terharu dan gembira membaca semua ucapan tahniah buat anak bujang Cik Wati ni. Adib pun agak terkejut dengan keputusan ini memandangkan semasa peperiksaan percubaan Adib hanya mendapat 2A-. Namun kami yakinkan yang dia boleh dan jangan cepat berputus asa. Kena study hard but stay smart. Allahu. Syukur Alhamdulillah. Tidak terkata gembiranya kami melihat keputusan ini. Bermakna kerja keras dia dah paid off! Itu yang kami nak tengok. Boleh. Cuba. Yakin. Tawakal. InshaAllah. Dapat. Allah beri. Allah bantu kepada hamba-Nya yang sering meminta. Allah tolong apabila kita sudah mencuba sedaya upaya. InshaAllah.

Abe pun kuatkan semangat tau? Kami doakan Abe cepat-cepat sembuh dan kembali menjalani kehidupan normal as before. Kami sayang Abe banyak-banyak. Insha Allah, bila Adib dah balik dari Kuala Lipis, kami pergi melawat Abe deh? Miss you badly Abe. Allah saja yang tahu apa rasa yang bergelodak di dalam kalbu. Tentu-tentu saja aku begitu rindukan kamu. Sememangnya harus begitu. Kak Shikin, terima kasih banyak-banyak kerana taat setia menjaga Abe selama ini. Juga terima kasih buat Paksu (adik Kak Shikin). Tidak terbalas budi baik Kakak dan Paksu. Allah sahaja yang dapat membalasnya nanti. Di saat kami adik-beradik yang cuma dapat datang melawat saban minggu, kadangnya pula tidak menentu waktu. Kakak tetap juga ada di situ. Menemani siang dan malamnya tanpa ada rasa jemu. Terima kasih Kakak! Love you. Selalu.

Abe,

The regret of my life is that I have not said 'I love you' often enough. Peluk cium sikit deh Abe🤗😘. Ada rezeki dan umur panjang, kita jumpa lagi iya?

Friday, March 02, 2018

Sanah Helwah Sayang

"A true friend is someone who will always love you — the imperfect, the confused, the wrong you — because that is what people are supposed to do."

For years, I have known you and loved what you bring to my life. I hope for years to come, it remains the same. You are my best friend! Happy birthday!

26th year of friendship and still counting. I love you so much Juana.

"The best mirror is an old friend."
George Herbert

Happy Birthday Baby Manis

Assalamualaikum,  Hari ini baby Covid Ummi ni dah genap setahun. Begitu pantas masa berlalu ya? Baru rasa macam semalam sahaja Ummi melahirk...