Skip to main content

Rindu

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Abe,
Abe tahu tok?
Allah tu, kan?
Sayang benar dekat Abe ni.
Sebab tu Allah uji Abe gini.

Allah bukan uji Abe sore diri.
Allah uji kami ni belako.
Seluruh ahli keluarga kito.
Sahabat-sahabat kito pom jugok.

Nak bui nyo kami ni semuo ingat dekat DIO.
Mitok gapo-gapo bergantung dekat DIO sore jah.
Buke denga ore lain.
Buke denga sapo-sapo pom.

Abe cukup bertuoh.
Allah pilih dan uji Abe sapa lagu ni sekali.
Tapi kami redha Abe.
Kak Shikin, isteri Abe ghoyak,
Abe syurga dio dan anok-anok.
Abe bukan beban.
Abe tok menyusahkan mereka pom.
Selamo ni Abe hok jago mereka semuo.
Kali ni, mereka pulok hok pakak dok jago Abe.
Janji suci seorang isteri.
Buke setakat manis di bibir dok meniti.
Dio tepati, dio turuti segalo janji.
Bertuah sungguh Abe dapat isteri serupo Kak Shikin ni.

Wati tahu, kami tahu.
Masih ada Abe di dalam diri Abe lo ni.
Cumonyo Abe tok buleh nok ghoyak ko kami jah.
Hok gapo dio hok Abe raso selamo jatuh sakit ni.
Abe buleh pejam, celik mato jah.
Kalu tiko nok bui tindak balas gak.
Mugo Abe major stroke doh k,
Serupo gini ajelah keadaan Abe buat hok sokmo dok tanyo,
“Abe lagu mano lo ni?“
Nok jawak pom kito tok reti.
Melainkan jupo Abe sendiri.
Hari jadi anok daro Abe baru ni gak,
Seharian air mato Abe tu tubik ngalir.
Pasal tok dapat nok sambut birthday anok daro dio.
Takpo Abe.
Mugo tahun lepah,
Abe ambik coti doh sari nok sambut birthday dio.
Serupo Abe tahu doh,
Tahun ni Abe tok buleh nak sambut samo.
Allahu.

Rindu ko Abe.
Tok leh nok ghoyak doh setaro mano, lagu mano.
Lamo doh ni tok g jupo Abe.
Doh sebulan doh tok ttemu mato denga Abe.
Cium, peluk Abe serupo sekalo.
Sibuk ko gapo namo pun tok tahunyo nok ghoyak bui.

Mintok maaf banyok-banyok Abe.
Teruk benar adik Abe ni dih?
Abe sakit lagu ni pom Wati tok g jengok Abe nah.
Nati Wati g melawat Abe deh?
Janji💕

Nak peluk, cium Abe. Rindu senghoti.

Selamat malam Abe. I love you so much.

Comments

Popular posts from this blog

Riverside 3rd Point Beach Motel, Cherating

Klana Beach Resort, Port Dickson

Assalamualaikum...
15.9.2014
Kami tiba di Klana Beach Resort, Port Dickson pada pukul 2.00 petang. Very Islamic resort tau uols! Bacaan ayat Al-Quraan diperdengarkan di ruang lobi. First time kami datang ke sini. Terletak di atas bukit dan jalan masuknya berdekatan Ancasa All Suites Resort & Spa. Kalau nak ke Ancasa tu kita ambik jalan kanan, tapi kalau nak ke Klana Beach Resort, kita ambil jalan ke kiri. Masuk ke dalam sikit dan ambil jalan kanan. Menghadap ke arah pantai.
Masuk ke dalam bilik, berehat, mandi dan bersolat jamak Zohor dan Asar. Jam 5.00 petang, kami turun untuk mandi di kolam renang dan seterusnya turun ke pantai.
Cuaca panas terik. Sangat! Dalam pukul 6.40 petang gitu, barulah cuaca bertukar redup dan semakin menggelap. View sangat cantik seperti gambar-gambar yang I paparkan ini. So breathtaking views.
Cubalah datang sendiri dan alamilah pengalaman seperti kami. Klana Beach Resort, Port Dickson pasti menjadi pilihan kami lagi selain Eagle Ranch Resort. Cuma y…

The Taaras Beach Resort & Spa, Pulau Redang

Assalamualaikum...
Day 3 at Pulau Redang
16.3.2015
Bangun bersolat Subuh dan kemudiannya keluar berjalan kaki ke lobi untuk bersarapan di cafe hotel. Segar terasa menghirup udara di sini. After makan-makan yang best super sedap delicious,  ha gitu! dan ditemani ketua chef yang sangat friendly di sini, (beliau yang suggest supaya pergi buat jungle trekking semalam), kami berjalan-jalan di sekitar resort untuk mengambil gambar buat terakhir kali. Eh! Hopefully, boley datang ke sini lagi one fine day. Hihihi...
Ha, ni baru ada gambar pool yang jelas berbanding entry semalam. Seronok je melayan bebudak ni dok bermandi-manda. Orang tak ramai so apa lagi? Ini kolam kami yang punyalah!
Masuk ke bilik, berkemas kain baju (actually tak nak balik lagi, haha!), kami pun ke lobi dengan menaiki buggy. Selepas urusan daftar keluar selesai, kami dihantar ke jeti dengan menaiki sebuah van. Tiba di jeti, kami singgah untuk lunch di sebuah kedai makan. Kedai "Orang Kelantan". Paper Kosmo suk…