Skip to main content

Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2017

Congratulations once again anak-anak Ummi! Dapat hadiah di Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar untuk tahun 2017 pada Mesyuarat Agung PIBG hari ini. Abang Adib untuk SPM dan Kakak Nur untuk PT3. Ummi wakilkan Abang Adib naik ke atas pentas untuk mengambil hadiah dan sijil penghargaan tadi. Tuan Pengetua dan YDP PIBG bertanyakan ke mana dah anak bujang Puan tu pergi tak dapat hadir hari ini? Kemudian sempat lagi tu bertanya, tadi anak perempuan Puan naik pentas ambil hadiah, kan? "🤭 Terima kasih duhai anak-anak. Gembirakan hati kami, Abah dan Ummi 🌸 Kami tumpang saat-saat bahagia sebegini.

All the best Kakak Nur untuk Sijil Menengah Agama akan datang. Ummi doakan semoga Kakak Nur mendapat pangkat Mumtaz Sufi atau sekurang-kurangnya pangkat Mumtaz seperti Abang Adib sebelum ini. Boleh sambung pengajian ke Tingkatan 6 untuk mengambil Sijil Tinggi Menengah Agama (STAM) pula. Minggu ini Kakak Nur menghadapi peperiksaan percubaan SMA sehingga next Monday. Keputusan P2 - Peperiksaan Pertengahan Tahun yang lepas, Alhamdulillah, dapat nombor 3 daripada 33 orang pelajar di dalam kelas. Kedudukan di dalam Tingkatan 4 pula ialah nombor 4 daripada keseluruhan 194 pelajar. Thank you so much Kakak Nur! Proud of you sayang 💕

May the success that has come your way today lead you to a bigger achievement in the years to come.  Congratulations kiddos! 💐 Semoga terus berjaya anak-anak Ummi. Di dunia juga tak lupa di Akhirat sana.

Comments

Popular posts from this blog

Riverside 3rd Point Beach Motel, Cherating

Klana Beach Resort, Port Dickson

Assalamualaikum...
15.9.2014
Kami tiba di Klana Beach Resort, Port Dickson pada pukul 2.00 petang. Very Islamic resort tau uols! Bacaan ayat Al-Quraan diperdengarkan di ruang lobi. First time kami datang ke sini. Terletak di atas bukit dan jalan masuknya berdekatan Ancasa All Suites Resort & Spa. Kalau nak ke Ancasa tu kita ambik jalan kanan, tapi kalau nak ke Klana Beach Resort, kita ambil jalan ke kiri. Masuk ke dalam sikit dan ambil jalan kanan. Menghadap ke arah pantai.
Masuk ke dalam bilik, berehat, mandi dan bersolat jamak Zohor dan Asar. Jam 5.00 petang, kami turun untuk mandi di kolam renang dan seterusnya turun ke pantai.
Cuaca panas terik. Sangat! Dalam pukul 6.40 petang gitu, barulah cuaca bertukar redup dan semakin menggelap. View sangat cantik seperti gambar-gambar yang I paparkan ini. So breathtaking views.
Cubalah datang sendiri dan alamilah pengalaman seperti kami. Klana Beach Resort, Port Dickson pasti menjadi pilihan kami lagi selain Eagle Ranch Resort. Cuma y…

SAVE BABY TAQHIF

Assalamualaikum...

Mohon share dan bantuan tuan puan yang budiman. Baby Taqhif merupakan bayi yang berusia 9 hari dan anak kepada my friend, Sariza Omar. Beliau memerlukan RM50K ASAP untuk membiayai operasi pembedahan kerana komplikasi jantung yang dialami oleh anaknya. Facebook beliau, Chik Eiza dan page Taqhif, Save Baby Taqhif.
Doakan Baby Taqhif sembuh dan dapat membesar dengan sihat. Pertolongan dan bantuan yang tuan puan berikan saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Saya tidak mendapat sebarang faedah di dalam perkara ini. Niat cuma membantu kawan sahaja. Hanya Allah yang bisa membalas jasa baik tuan puan sekalian.
Terima kasih.
Eiza & suami, bertabahlah. Be strong for Baby Taqhif. Ini ujian Allah kepada kalian berdua. Kita berusaha, berdoa dan bertawakal. Insya Allah, Allah akan menyelamatkan Baby Taqhif.