Thursday, October 18, 2018
Syafakallah Abang
Setahun yang terpilu,
Detik waktu terus sahaja berlalu
Namun kau tetap begitu di situ
Berdiam diri keras membatu
Hanya mampu terbaring kaku.
Sejenis rindu yang terbuku
Aku pendam ia di sudut kalbu
Mengharapkan kau kembali bertamu
Sepertinya di suatu ketika masa dahulu.
Demi waktu yang kian berlalu
Aku setia sahaja duduk menunggu
Tanpa tahu apa itu ertinya jemu
Tanpa culas mendoakan dirimu selalu.
Semoganya nanti sayangku,
Kau kan datang membuka pintu
Membasuh duka segala sendu
Membalut pedih luka nan beribu
Menyulam cinta sehingga ke akhir hembusan nafasku.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Happy Birthday Baby Manis
Assalamualaikum, Hari ini baby Covid Ummi ni dah genap setahun. Begitu pantas masa berlalu ya? Baru rasa macam semalam sahaja Ummi melahirk...
-
Assalamualaikum... I batuk teruk. Dekat sebulan flu & batuk. Puncanya terkena air hujan sewaktu keluar rumah. Sudah sekian lama men...
-
Assalamualaikum... 15.4.2014 Kami keluar dinner di Teratak Tomyam. Restoran ini sudah lama dibuka. Tetapi ini merupakan kali pertama kami ...
-
اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ Dear families and friends, Abang telah dipindahkan ke Wad Neurosurgeri 1 (7B). Pengsa...
No comments:
Post a Comment