Skip to main content

Happy Birthday To Me

Tua Mengejar Kita

Ingatkah semua
Hari tua pasti menjelma
Detik waktu yang laju
Pantasnya tak akan menunggu

Begitu usia
Makin hari makin meninggi
Siang malam berganti
Yang pergi tak berulang sekali lagi

Begitu cepat putaran masa
Terkadang tanpa pun kita sedar
Siapa yang lebih bersedia
Dialah yang selesa

Tua mengejar
Pasti tiba masanya
Kau merasa
Hidup tak segagah
Waktu remaja
Di mana tenaga
Menyala-nyala
Di hari tua
Makin terpadam semua

Tua mengejar di mana kau berada
Tak berbeza semua kan merasa
Itu hakikat tak bisa hindari
Walau seinci bersihkan diri
Sebelum terlewat nanti

Hey kawan semua
Aku cuma memberi pesan
Andai cukup bekalan
Tak mungkin kita kehausan

Usahlah menunggu
Uban memutih di rambutmu
Cepat-cepat berilmu
Semoga tak menuju di jalan buntu

Happy Birthday to me. Menjengah ke usia 35 tahun hari ini. Semoga pertambahan umur menjadikan aku seorang manusia yang lebih baik dari sebelumnya. Menjadi hamba yang patuh kepada suruhan-NYA. Amin. Insya Allah.

Selamat Hari Jadi, Ruziawati!

Comments

A.I said…
Hepi bestday T ^_^ Semoga Hidup Sentiasa Diberkati Allah + Hepi2 Selalu
Anonymous said…
Epiee besday.. teruskan menulis yer..
Ruziawati Yusof said…
Tq kak ai sayang!

To Anonymous : Terima kasih. Insya Allah!
Ruziawati Yusof said…
This comment has been removed by the author.

Popular posts from this blog

Riverside 3rd Point Beach Motel, Cherating

Klana Beach Resort, Port Dickson

Assalamualaikum...
15.9.2014
Kami tiba di Klana Beach Resort, Port Dickson pada pukul 2.00 petang. Very Islamic resort tau uols! Bacaan ayat Al-Quraan diperdengarkan di ruang lobi. First time kami datang ke sini. Terletak di atas bukit dan jalan masuknya berdekatan Ancasa All Suites Resort & Spa. Kalau nak ke Ancasa tu kita ambik jalan kanan, tapi kalau nak ke Klana Beach Resort, kita ambil jalan ke kiri. Masuk ke dalam sikit dan ambil jalan kanan. Menghadap ke arah pantai.
Masuk ke dalam bilik, berehat, mandi dan bersolat jamak Zohor dan Asar. Jam 5.00 petang, kami turun untuk mandi di kolam renang dan seterusnya turun ke pantai.
Cuaca panas terik. Sangat! Dalam pukul 6.40 petang gitu, barulah cuaca bertukar redup dan semakin menggelap. View sangat cantik seperti gambar-gambar yang I paparkan ini. So breathtaking views.
Cubalah datang sendiri dan alamilah pengalaman seperti kami. Klana Beach Resort, Port Dickson pasti menjadi pilihan kami lagi selain Eagle Ranch Resort. Cuma y…

The Taaras Beach Resort & Spa, Pulau Redang

Assalamualaikum...
Day 3 at Pulau Redang
16.3.2015
Bangun bersolat Subuh dan kemudiannya keluar berjalan kaki ke lobi untuk bersarapan di cafe hotel. Segar terasa menghirup udara di sini. After makan-makan yang best super sedap delicious,  ha gitu! dan ditemani ketua chef yang sangat friendly di sini, (beliau yang suggest supaya pergi buat jungle trekking semalam), kami berjalan-jalan di sekitar resort untuk mengambil gambar buat terakhir kali. Eh! Hopefully, boley datang ke sini lagi one fine day. Hihihi...
Ha, ni baru ada gambar pool yang jelas berbanding entry semalam. Seronok je melayan bebudak ni dok bermandi-manda. Orang tak ramai so apa lagi? Ini kolam kami yang punyalah!
Masuk ke bilik, berkemas kain baju (actually tak nak balik lagi, haha!), kami pun ke lobi dengan menaiki buggy. Selepas urusan daftar keluar selesai, kami dihantar ke jeti dengan menaiki sebuah van. Tiba di jeti, kami singgah untuk lunch di sebuah kedai makan. Kedai "Orang Kelantan". Paper Kosmo suk…