Skip to main content

Riverside 3rd Point Beach Motel, Cherating

Assalamualaikum ...

1.8.2014

Dari Kemaman, kami singgah di Riverside 3rd Point Beach Motel, Cherating. Mr.Hubby sudah tidak larat nak drive lagi. Makanya kami bermalam di sini sahaja. I teringin lama dah nak stay di sini sebenarnya. Hari ini peluangnya tiba. Seronok bermalam di chalet di tepi pantai seperti ini. Syok sangat rasanya!
Ini bilik kami. Harga sewa RM200 untuk satu malam. Dan ini sahaja bilik yang ada. Mujurlah. Tak perlu ke sana-sini mencari bilik lagi.
Bilik air pun bersih dan selesa. 
My Cheeky Honey! Ummi teringin jew nak pakai dress macam ni. Tapi yang berlengan panjanglah. Serta longgar juga. Tapi Ummi gemuk.

Simpan saja hasrat di dalam hati.
Kan? Macam yang I cakap tadi. I suka suasana di sini. Chalet kami dekat kereta putih tu uols! Lihat pasirnya yang putih bersih. Cumanya pantai agak jauh kerana air surut. Ada banyak obor-obor juga ok uols! Silalah berhati-hati iya? Nanti ia gigit, sakit dan merana kamu dibuatnya!  
Kan? Air laut surut. Waktu pagi pun keadaan seperti ini. Sikit saja air laut yang ada di belakang I ni. Please take note. Obor-obor sangat banyak.
Nur di hadapan chalet kami menginap. Sebelah malam, dinner makan nasi bungkus di dalam bilik sahaja. Penat yang teramat gitu.
2.8.2014

From Cherating with love!
Beli sarapan di sini. Dekat sahaja dengan Riverside 3rd Point Beach Motel. Setiap kali datang Cherating, I memang beli makanan di sini. Rasa makanan okay. Sedap. 
Bye-bye Cherating. Panjang umurnya kita singgah datang berkunjung lagi.

Comments

Aziey said…
Terima kasih utk info chalet ni .. =)

Popular posts from this blog

Klana Beach Resort, Port Dickson

Assalamualaikum...
15.9.2014
Kami tiba di Klana Beach Resort, Port Dickson pada pukul 2.00 petang. Very Islamic resort tau uols! Bacaan ayat Al-Quraan diperdengarkan di ruang lobi. First time kami datang ke sini. Terletak di atas bukit dan jalan masuknya berdekatan Ancasa All Suites Resort & Spa. Kalau nak ke Ancasa tu kita ambik jalan kanan, tapi kalau nak ke Klana Beach Resort, kita ambil jalan ke kiri. Masuk ke dalam sikit dan ambil jalan kanan. Menghadap ke arah pantai.
Masuk ke dalam bilik, berehat, mandi dan bersolat jamak Zohor dan Asar. Jam 5.00 petang, kami turun untuk mandi di kolam renang dan seterusnya turun ke pantai.
Cuaca panas terik. Sangat! Dalam pukul 6.40 petang gitu, barulah cuaca bertukar redup dan semakin menggelap. View sangat cantik seperti gambar-gambar yang I paparkan ini. So breathtaking views.
Cubalah datang sendiri dan alamilah pengalaman seperti kami. Klana Beach Resort, Port Dickson pasti menjadi pilihan kami lagi selain Eagle Ranch Resort. Cuma y…

SAVE BABY TAQHIF

Assalamualaikum...

Mohon share dan bantuan tuan puan yang budiman. Baby Taqhif merupakan bayi yang berusia 9 hari dan anak kepada my friend, Sariza Omar. Beliau memerlukan RM50K ASAP untuk membiayai operasi pembedahan kerana komplikasi jantung yang dialami oleh anaknya. Facebook beliau, Chik Eiza dan page Taqhif, Save Baby Taqhif.
Doakan Baby Taqhif sembuh dan dapat membesar dengan sihat. Pertolongan dan bantuan yang tuan puan berikan saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Saya tidak mendapat sebarang faedah di dalam perkara ini. Niat cuma membantu kawan sahaja. Hanya Allah yang bisa membalas jasa baik tuan puan sekalian.
Terima kasih.
Eiza & suami, bertabahlah. Be strong for Baby Taqhif. Ini ujian Allah kepada kalian berdua. Kita berusaha, berdoa dan bertawakal. Insya Allah, Allah akan menyelamatkan Baby Taqhif.