Monday, October 13, 2014

Eagle Ranch Resort, Port Dickson

Assalamualaikum...

15.9.2014

Bangun pagi-pagi dan bersiap untuk pergi breakfast. Kami breakfast di D'Barrel. Kemudian kami keluar mencari breakfast untuk Nur dan Adib pula di luar. Agak malang kerana kedai makan favourite kami tidak dibuka. Nasi Lemak awesome kat kedai ni. Kami beli semasa datang pada bulan April lepas. So kami beli di kedai makan berdekatannya sahaja. No choice at all. Makan ajelah ye anak-anak? Sudah siap makan, kami serbu terjun kolam renang. After a while, berjalan-jalan pula di sekitar resort. Tak puas dok ambik gambar you! Semua tempat nampak menarik gitu! I teruja betul! Excited giler dengan suasana resort ni.

I tak bagi je anak-anak naik kereta drift aka go kart, memanjat-manjat pokok, naik kuda bagai. Takut jatuh dan cedera. Lagi pun Nur tak habis exam UPSR lagi. Lain kali ye anak-anak? Kalau datang ramai-ramai seronok nak memanjat-manjat ni. Lain kali. Lain kali tau!

Selepas pusing berjalan satu resort, kami masuk ke bilik dan bersiap untuk check out. Insya Allah, kami pasti datang lagi ke sini. Satu hari nanti. Best sangat okay? Nak-nak I ada kawan kerja di sini. Seronok berpeluang untuk bertemunya sejak kami berkawan di zaman Friendster lagi. Thanks sudi jumpa I ye Ratna? Insya Allah, I datang berkunjung lagi nanti. Tempat best macam ni sewajarnyalah I datang berulang kali.

Seronok tak terkata!
Dalam perjalanan untuk pergi breakfast di D'Barrel. 
Cantik sangatkan view kolam renang ni? Kampung House di belakang kolam renang ni saja.
Di D'Barrel. Tempat breakfast kami.
Honey sudah siap makan. Rasa makanan 5/10. I cuma ambik Nasi Goreng, Orange Juice & Coffee. 
Sebelum mandi kolam kena register nama dulu.
Seronok sangatlah mereka dok mandi kolam! Nak-nak si kecik tu.
Kampung House
Mandi kolam time!
Di depan lobi. Semua perhiasan kat resort ni lawa-lawa!
With my friend, Ratna.
Bandwagons
Berangan nak tidur dalam Bandwagons nie! Hiks!
Comel tak Honey? 
Eagle Creek
Ini suasana di dalam D'Barrel. I tak ambik gambar masa breakfast tadi. Orang ramai. Hiks!
Penuh orang dok breakfast tadi. Ha masa ni tak ada orang. Mintak kebenaran nak snap gambar dengan pekerja kat sini.
Ada berani? Go Kart jom?
Masa nie I tengah naik tangga nak tengok view from Eagle Eye's.
Ini view dari Eagle Eye's. Cantikkan?
Tengok orang naik kuda sajalah. Abah mereka suruh je naik. Tapi depa tak mau pula. Malas nak ke kedai depan Go Kart tadi untuk membayar harga menunggang kuda.
Dah sampai di bilik. Berkemas dan bersiap untuk check out pula.
Yeah! Will see you again. I hope so.

Next entry: Klana Beach Resort, Port Dickson. 

2 comments:

Anonymous said...

Cantik2 gambar di Eagle Ranch ni..teringin 1 hari nak bawak anak2 ke sini..nice place to visit

Kenari Putih said...

Saya pon dah smp eagle ni. Memang best. Anak2 layan mandi pool smp merelit kulit2.

Happy Birthday Baby Manis

Assalamualaikum,  Hari ini baby Covid Ummi ni dah genap setahun. Begitu pantas masa berlalu ya? Baru rasa macam semalam sahaja Ummi melahirk...